Stand By Me Doraemon Di Netflix

Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Bagi yang sesiapa lahir pada tahun 90an kebawah, pasti anda akan tahu, bahawa pada ketika itu sangatlah terhad hiburan tidak seperti hari ini yang pada umur seawal 7 tahun sudah disajikan dengan gadget, telefon pintar, Astro, Netflix, Disney Hotstar dan pelbagai lagi.

Hiburan pada ketika itu hanya televisyen yang menyajikan program hiburan sahaja. Diantara sajikan hiburan ketika itu ialah animasi atau kartun yang pasti sesiapa membesar pada 90an kebawah pasti akan tahu animasi atau kartun ini, DORAEMON.

“Dah besar pun tengok Doraemon ke?”. Ya, kerana itu kenangan zaman waktu kecil dahulu yang mana itulah hiburan kami pada tahun 90an.

Jom kita cerita sikit, apa benda DORAEMON ini?

Doraemon ini ialah sebuah robot kucing yang datang dari masa depan, abad ke-22. Doraemon ini di hantar oleh cucu-cicit bernama Nobi Nobita. Disebabkan Nobita ini terlalu malas atau lembab, jadi cicitnya menghantar Doraemon dan diprogramkan untuk menjaga Nobita. Dan sekaligus mengubah masa depan Nobita.

Cerita Doraemon ini dikeluarkan(manga) pada Januari 1970 sehingga 23 June 1996. Manakala Animasi televisyen pula pada tahun 1973. Kartun Doraemon sudah berusia 51 tahun! Penulis Doraemon bernama Fujiko F. Fujio (1 Disember 1933 – 23 September 1996).

Bayangkan pada tahun seawal 70an ini, animasi Doraemon telah memaparkan sebuah filem yang membawa penonton ke masa depan dengan pelbagai gadget yang pelik dan luar biasa. Ketika saya menonton animasi Doraemon, saya membayangkan pada tahun 2020, paling tidak dunia atau Jepun sendiri telah mempunyai kereta terbang. Atau mungkin kita keluar sahaja luar rumah, manusia sedang memandu kereta terbang di atas bumbung rumah.

Tetapi ianya masih tidak berlaku lagi. Jika masih ada pemandu yang lawan arus, jika masih ada pemandu ketika lampu merah orang melintas tapi kereta tu langgar lampu merah dengan hati yang tidak rasa serba salah, jika masih ada pemandu buka tingkap buang sampah sambil tiada perasaan. Mungkin ianya tidak akan berlaku kemodenan seperti kereta terbang ini, nanti habis atas bumbung rumah banggunan orang bersepah dengan botol air dibuang dari tingkap kereta.

Balik kepada animasi Doraemon. Doraemon ini memang telah di programkan akan bersama Nobita. Nobita mempunyai impian untuk berkahwin dengan Shizuka. Tetapi apa yang terjadi di dalam televisyen masa depan, Nobita berkahwin dengan Jaiko Gouda, adik kepada Takeshi Gouda(Giant). Dan Shizuka Minamoto pula berkahwin dengan Hidetoshi Dekisugi, seorang lelaki pintar dan serba boleh. Suneo Honekawa, pula menjadi seorang usahawan atau ahli perniagaan hebat dengan teknologinya.

Apa yang menariknya pada ulang tahun ke 80 Fujiko F Fujio ini, Takashi Yamazaki telah membikin sebuah filem Doraemon berjudul STAND BY ME DORAEMON. Ini filem pertama Doraemon yang dihasilkan menggunakan 3DCG. Gambarnya memang tersangat lawa.

Stand By Me Doraemon 1 telah dikeluarkan pada 2014 dan yang terbaharu pula pada tahun 2020. Jika anda masih tidak menontonnya lagi dan hendak menontonnya, anda boleh ke Netflix. Kedua-dua filem ini ada di Netflix. Stand By Me Doraemon 2 masih panas lagi, baru sahaja berada di Netflix.

STAND BY ME DORAEMON

Tarikh Tayangan : 8 Ogos 2014
Durasi : 94 Minit
Pengarah : Ryuichi Yagi, Takashi Yamazaki
Terbitan : Shirogumi, Robot Commucations, Shin-Ei Animastion
Kutipan : $183.4 Juta

Stand By Me Doraemon yang pertama, mengisahkan mula-mula Doraemon dihantar kepada zaman Nobita, dan pada ketika itu juga, pertama kali Doraemon memakan Dorayaki. Pada ketika ini juga Doraemon menunjukan masa depan Nobita dan dengan siapa Nobita berkahwin. Ini permulaan cerita Doraemon bersama Nobita. Nak tahu lebih lagi? Tontonlah di Netflix.

STAND BY ME DORAEMON 2

Tarikh Tayangan : 20 November 2020
Durasi : 96 Minit
Pengarah : Ryuichi Yagi, Takashi Yamazaki
Terbitan : Shirogumi, Robot Commucations, Shin-Ei Animastion
Kutipan : $78.5 Juta

Stand By Me Doraemon 2 pula, sambungan, mengisahkan tentang Nobita dewasa berkahwin dengan Shizuka. Pelbagai kejadian yang berlaku pada majlis perkahwinan mereka. Biasalah Nobita kan, ada sahaja masalahnya. Walaupun Nobita dewasa pada awalnya tidak mahu pertolongan Doraemon, tetapi, akhirnya, kawan karibnya sewaktu kecil menolongnya juga. Nobita tidak mampu bersendirian tanpa Doraemon. Itulah sahabat. Nak tahu lebih lagi? Tontonlah di Netflix sekarang!

Terdapat banyak lagi filem-filem Doraemon yang ada, pasti anda akan sedih disetiap penghujung filem Doraemon, seperti Nobita Dan Kelahiran Jepun 1989/2016, Nobita And The Wind Wizard (saya panggil Anak Angin) 2003, Nobita and The Animal Planet 1990. Banyak lagilah. Filem Doraemon seawal tahun 1980. Mungkin sukar untuk mencarinya semula.

Harapan saya, mudah-mudahan ada alih bahasa Melayu dalam Stand By Me Doraemon, sebab rindu nak dengar alih bahasa dalam filem Doraemon.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *