Layan Filem Indonesia: Sang Pencerah, Kyai Ahmad Dahlan

Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Filem Indonesia yang perlu anda tonton

Tajuk : Sang Pencerah
Durasi : 112 Minit
Pengarah : Hanung Bramantyo
Tarikh Tayangan : 8/9/2010
Genre : Islamik
Kutipan : Rp 33 bilion
Terbitan : MVP Pictures

Filem ini mengisahkan tentang Kyai Ahmad Dahlan atau nama sebenarnya ialah Muhammad Darwis. Beliau mendapat nama Ahmad Dahlan ketika tamat pengajiannya di Mekah.

Beliau seorang pembawa pembaharuan dalam pemikiran muda atau digelar kaum muda di Tanah Jawa. Pada ketika itu, pemikiran tua atau digelar kaum tua yang mana pembawakan agamanya semakin lama semakin pelik dan membiarkan banyak khurafat yang berlaku di Tanah Jawa dan mengadakan perkara yang tiada asal dalam agama.

Ada beberapa perkara yang dikisahkan didalam filem ini, seperti meminta-minta dari perkara ghaib, menjadikan tempat mistik sebagai tempat suci, menjadikan kuburan wali sebagai tempat berdoa, nak berdoa mesti berjumpa Kyai atau Tok Sheikh dan sebagainya.

Selain itu juga, pemikiran kaum tua yang dianggap kolot pada ketika itu yang takut untuk merentasi masa dan bangsanya sendiri. Jika seseorang itu memakai pakaian belanda, dituduh pengikut orang kafir. Jika membuka sekolah dengan peralatan seperti meja kerusi dan papan hitam, dikatakan ajaran orang kafir. Sehinggakan Kyai Ahmad Dahlan dituduh Kyai kafir, pengkhianat agama, pengkhianat bangsa dan sebagainya.

Perjalanan Kyai Ahmad Dahlan yang sangat sukar dan berliku sehinggakan beliau terfikir untuk membawa diri bilamana pondoknya dirobohkan oleh kumpulan kaum tua. Tetapi, dengan nasihat ahli keluarga rapatnya dan memujuk Kyai Ahmad Dahlan, sekaligus meyakinkan dirinya dan keluarganya berikrar untuk membangunkan semula pondoknya yang telah diruntuhkan dengan bantuan kewangan mereka.

Tahun berganti tahun, umur beliau semakin lanjut. Beliau berhasrat ingin membuka perkumpulan atau organisasi, pun begitu, beliau tetap mendapat tentangan oleh kaum tua yang tidak membenarkan perkara ini berlaku. Kerana jika perkumpulan Kyai Ahmad Dahlan berhasil, maka, berkuranglah pengikut kaum tua.

Pelbagai tentangan, situasi, dan kejadian yang berlaku ketika proses untuk membuka persatuan ini. Pelbagai cara Kyai Ahmad Dahlan mencuba.

Akhirnya pada tahun 1912 terlahirlah satu perkumpulan yang bernama Muhammadiyah, dari hasil kerja keras Kyai Ahmad Dahlan untuk membuka satu pemikiran baharu iaitu pemikiran kaum muda.

Muhammadiyah kekal sehingga ke hari ini, dan menjadi organisasi yang berjaya. Yang memiliki pelbagai sektor, pengajian, ekonomi, universiti.

Lakonan dari pelakon hebat:

Lukman Sardi – Muhammad Darwis/ Kyai Ahmad Dahlan
Slamet Rahardjo Jarot – Kyai Penghulu Cholil Kamaludiningrat
Zaskia Adya Mecca – Nyai Walidah
Marsha Natika – Nyai Walidah(muda)
Ihsan Tarore – Muhammad Darwis(muda)
Abdrurrahman Arif – Dirjo
Mario Irwinsyah – Muhammad Fachrudin
Dennis Adhiswara – Hisyam
Ricky Perdana – Muhammad Sangidu
Giring Ganesha – Muhammad Sudja

Ulasan:

Filem ini sangat menarik untuk ditonton oleh pelbagai latar belakang umur dan pemikiran. Filem ini memperlihatkan bagaimana sukar dan susahnya Kyai Ahmad Dahlan Rahimalullah membina pemikiran baharu yang merentasi pemikiran masa, bangsanya dan kemodenan pada ketika itu.

Teringat suatu dialog diantara Kyai Ahmad Dahlan dan seorang Tuan Guru yang mengatakan Kyai Dahlan menggunakan peralatan orang kafir. Dan ketika Kyai Ahmad Dahlan memberi balas dengan mengatakan Tuan Guru menaiki kereta api datang ke mari, kereta api juga buatan orang kafir. Banyak lagi dialog-dialog yang menarik dalam filem ini.

Anda boleh menontonya dia NETFLIX!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *