The Nahara Resort, Tempat Mandi Sungai Terbaik

Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Memandangkan sesiapa yang sudah mempunyai 2 dos vaksin, akan dibenarkan rentas daerah, jadi, mesti ramai yang sedang tercari-cari tempat bercuti, bersantai, berlepak, tenangkan fikiran bukan?

Ada satu tempat yang menarik perlu anda pertimbangkan untuk ke sana. Apakah tempat itu?

The Nahara Resort, Kalumpang, tempat mandi sungai yang terbaik untuk anda kunjungi!

Saya pernah kesana banyak kali, tempat yang sangat menarik dan terbaik untuk bermandi manda. Cumanya, saya ada sedikit sahaja gambar yang boleh saya kongsikan. Saya buat review The Nahara Resort sikit ya.

The Nahara Resort terletak di Kalumpang, Selangor. Jika dari Kuala Lumpur, mengambil masa kurang lebih 1 jam dengan jarak 80km(mengikut tempat anda). Jalan hendak ke sana tidaklah susah. Tapi bila sudah masuk perkampungan, jalan dia susah sikit dan sempit.

The Nahara Resort menyediakan pelbagai kemudahan, seperti tempat mandi sungai, bilik air, bilik persalinan, surau, tempat BBQ, Gazebo, Chalet dan lain-lain.

Apa yang menariknya tentang The Nahara Resort ini, mereka masih mengekalkan suasana ala-hutan. Tidak banyak kemudahan permainan, cuma ada satu dua sahaja.

Tapi, tujuan saya ke sana adalah semata-mata hendak tenangkan fikiran dan bersantai bersama keluarga, dan tujuan paling penting ialah mandi sungai! The Nahara Resort adalah tempat mandi sungai yang terbaik dan disebabkan mereka mengekalkan kehijauan, air sungainya sangatlah segar dan sejuk. Memang seronok, rugi jika anda tidak kunjung ke sana. Disebabkan saya kekurangan gambar dan ada juga gambar yang hilang, jadi, susah saya nak kongsikan. Terakhir saya pergi pada Tahun 2020.

Ya, tahun 2020 sebelum sebulan-dua bulan covid-19 melanda Malaysia. Pada asalnya saya hendak ke sana lagi, tetapi, apa kan daya, tidak mengizinkan. Sedih juga. Tidak terkira berapa kali saya ke sana. Pertama kali saya ke sana tahun 2015 mungkin. Dan hampir setiap tahun kami akan kesana, menikmati air sungai yang segar dan pemandangan yang sangat tenang.

Air sungainya sangat sejuk dan dalam ya. Saya pernah ke beberapa tempat mandi sungai yang airnya, alahai.. Berlainan pula dengan The Nahara Resort, air sungainya paras lebih pinggang, saya rasa pernah sampai ke dada la. Cumanya, saya teringat, pada awal saya ke sana, airnya lebih dalam, tetapi, terakhir saya pergi pada tahun 2020, airnya sedikit kurang. Tetapi, masih lagi sedap untuk mandi. Saya harap tahun 2021 ini airnya masih segar dan dalam. Siapa yang baru lepas pergi, boleh komen dibawah ya.

The Nahara Resort menyediakan pelbagai kemudahan berkelah. Mereka ada menyewa khemah untuk bercamping, mereka ada chalet dan rumah sewa. Anda boleh bertanya kepada mereka. Mungkin ada yang terbaharu yang saya terlepas pandang.

Jika anda kuatir tiada kemudahan bilik air dan bilik persalinan, jangan kuatir. Dahulu pada tahun 2015 saya ke sana, bilik air dan bilik persalinan masih lagi sedikit, tetapi terakhir saya ke sana pada tahun 2020, mereka telah menambah baik dan memperbanyakan bilik air dan bilik persalinan. Jangan risau, bilik air dijaga dengan cantik, bersih, begitu juga bilik persalinan. Tugas kita untuk menggunakan kemudahan mereka sediakan dengan dengan baik. Air paip mereka dari air bukit, sejuk..

Surau juga disediakan, agak besar, selesa. Cukuplah untuk kita berjemaah dengan pengunjung-pengunjung yang ada di situ.

BBQ? Ya, mereka menyediakan kelengkapan BBQ, arang boleh beli. Cumanya hanya penyewa Gazebo sahaja yang ada kemudahan tersebut. Saya nasihat anda bawa set BBQ gas kecil tu sahaja. Boleh beli di shopee.

Kesimpulannya, sangat rugi jika anda tidak pertimbangkan untuk ke The Nahara Resort, sebab, bagi saya, salah satu diantara tempat mandi sungai yang terbaik! Saya sendiri sudah berkali-kali ke sana.

Cumanya disini saya hendak memberi peringatan kepada semua yang bakal kesana atau sesiapa yang berhasrat untuk mandi sungai. Jaga diri anda, jangan terlalu seronok hingga lupa diri. Sungai ini nampak tenang sahaja, kita tidak mahu jadi hal-hal yang tidak diingini. Ianya akan menjadi masalah untuk diri kita dan resort tersebut. Atas kecuaian kita, semua akan menjadi mangsa.

Jika hujan turun, kalau boleh, berhentilah mandi dalam 5-10 minit begitu. Saya sendiri pernah lalui kepala air di The Nahara Resort. Cumanya, apa yang saya diberitahu, kepala air tidak pernah melepas had atau seperti yang kita lihat di sungai-sungai lain. Dan saya pernah melihatnya sendiri, kepala air di sana hanyalah air deras dan berwarna keruh sahaja. Bagi saya masih selamat jika kita berada diatas. CUMA, perlu berhati-hati ya. Jangan disangka air yang tenang tiada bahaya yang datang.

Selamat bercuti dan berhati-hati. Jaga sungai kita, jangan buang sampah merata-rata. Sungai kita, air kita!

The Nahara Resort
Kalumpang, Ulu Selangor, Malaysia
No Telefon : 019-4312193
Waktu Operasi : 8.00am – 6.30pm
Emel : thenahara6@gmail.com

Berkenan harga:
Dewasa : RM8
Kanak-kanak : RM5

Gazebo : RM40-60
Kanopi : RM30
Payung : RM20
Khemah : RM50

Chalet A : RM150
Chalet B : RM300

Villa : RM1,800

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *