Review Samsung Tab S7 FE

Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Hari ini saya nak kongsikan sebuah tablet yang agak terbaik dari sebuah jenama gergasi iaitu Samsung Galaxy Tab S7 FE.

Apa itu FE? FE ialah Fan Edition.

Samsung Galaxy Tab S7 FE sebuah tablet yang agak menarik yang boleh anda pertimbangkan untuk membelinya. Walaupun tab ini agak underated atau agak terpinggir sebab apa saya tidak tahu. Mungkin bagi orang tab ini tidak bagus atau kelas bawahan untuk siri S7, jadi disebabkan itu ramai orang steptikal dengan tab ini.

Jom kita cerita mengenali speksifikasinya :

Galaxy Tab S7 FE ini dikuasakan dengan chipset Snapdragon 778G yang mana agak bagus untuk kelas chipset ini. Anda boleh menggunakan kuasa chipset ini dengan baik dan menjalankan tugasan seharian yang sangat baik untuk kelasnya. Tiada laggy.

Galaxy Tab S7 FE menawarkan 2 varian, 4GB/64GB dan 6GB/128GB. Untuk model saya, saya ambil yang 6GB/128, bagi saya minimum RAM yang perlu ada di sesebuah peranti hari ini 6GB RAM. 4GB RAM agak ketinggalan.

Storage sikit? Tidak cukup? Jangan risau, peranti ini hadir bersama slot memory card tambahan, jadi, anda tidaklah perlu risau. Dan peranti ini juga sokong OTG. Mudah untuk kita alih-alihkan gambar, file, video, dan sebagainya. Nasihat saya bagi sesiapa yang ingin menggunakan Tab ini seabagai video editing, belilah memory card tambahan untuk letak semua footage anda.

Skrin pada Galaxy Tab S7 FE menggunakan skrin TFT, resolusi 2560 x 1600 dengan bersaiz 12.4″! Dengan saiz sebesar ini, memang sangat gila dan puas hati. Walaupun skrin pada peranti ini menggunakan TFT, tapi kualitinya skrin agak baik (bagi saya). Tapi jika anda memang pengguna skrin Amoled, mungkin anda akan terasa tidak begitu sedap mata memandang. Kadar semula (Refresh Rate) hanya 60Fps sahaja, saya mengharapkan 90Fps tapi padanlah dengan harganya.

Dari segi speaker, Samsung Tab S7 FE hadir dengan stereo speaker dan kuasakan dengan AKG, memang sedap dan agak kuat.

Bateri pula berkapasiti 10,090 mAh. Setahu saya Samsung Tab S7 FE ini boleh menggunakan fast chaging sehingga 45w. Tetapi Samsung agak sedikit kedekut dalam hal ini, memberi charger hanya 15w. Harga adapter Samsung 45w berharga RM199, sangat mahal sebenarnya. Dengan kapasiti bateri sebanyak 10,090 mAh dan pengecasan hanya 15w, memang akan menjadikan masa pengecasan yang sangat lama, 20%-100% selama hampir 3 jam! Memang gila dan memang perlulah untuk saya beli pengecasan pantas 45w itu. Untuk bahagian bateri, sangat penting juga sebenarnya. Kita beli tablet hendak menggunakan masa yang lama, sudah pasti kita tertanya-tanya soal bateri. Sepanjang saya menggunakan selama 1jam (Nota, Youtube, Internet, Bluetooth untuk keyboard) bateri berkurang dari 100% kepada 90%. Saya tidak tahu bagi anda ianya baik atau tidak.

Kamera pada Galaxy Tab S7 FE, kamera utama 8MP dan kamera depan 5MP. Peranti ini boleh merakam video resolusi Full HD (1920 x 1080) 30Fps. Untuk sesebuah tablet, sangat jarang orang melihat spesifikasi kamera dan kebanyakan syarikat pembuat tablet memang tidak memfokuskan kamera. Ini dapat mengurangkan kos pada kamera dan kos itu boleh dibawa kepada speksifikasi lain. Bagi saya kamera cukup sekadar boleh guna dan cantik bila anda ingin menggunakan ketika Zoom, Google Meet atau Video Call, itu sudah memadai.

Galaxy Tab S7 FE ini turut dihadirkan bersama SPen yang agak seronok bila menggunakannya. Ketika saya beli, Samsung berbaik hati untuk memberi Keyboard secara percuma, Samsung Smart Keyboard Trio 500 yang mana harganya RM179. Memang berbaloi la. Tapi anda boleh sahaja cuba keyboard yang lain.

Tujuan saya menceritakan pengalaman menggunakan Samsung Tab S7 FE ini. Sebagai seorang yang suka menulis dan ada edit video, saya memerlukan sesebuah peranti yang mudah untuk saya pasang dan taip. Setelah fikir-fikir, saya memilih untuk mencari sebuah Tablet yang mana mudah untuk saya bawa kemana-mana dan mudah untuk saya on dan terus typing.

Saya ada menggunakan laptop, cuma ketika hendak guna dan menulis, saya perlu buka plug, tunggu window, buka pula microsoft word dengan keadaan laptop terkedek-kedek, terus hilang idea. Jadi saya nak menggunakan sesebuah peranti yang seperti telefon pintar, hanya perlu tekan power button untuk unlock, terus menaip, tapi saya hendak skrin yang besar, jadi jawabannya hanya ada pada tablet.

Menariknya Samsung Galaxy Tab S7 FE ini, pertama skrinnya yang agak besar 12.4″ dan boleh multitasking dan yang paling menarik adalah Samsung Dex. Bagi saya semua ciri-ciri yang ada pada Samsung Galaxy Tab S7 FE memang kena dengan apa yang saya inginkan. Walaupun sebenarnya skrinnya agak besar juga dan agak berat bila dipegang. Tapi ianya mudah untuk saya hendak bermultitasking.

Saya biasanya menulis dan memerlukan rujukan di internet, jadi sambil saya menaip nota atau penulisan, saya akan buka satu lagi layar untuk layari carian di internet. Saya akan buka bersebelahan. Bukankah memudahkan kerja kita. Laptop boleh melakukannya juga, cuma saya rasa tablet lebih selesa dengan skrin yang kita boleh sentuh, sangat mudah. Nak scroll hanya perlu gunakan jari, kemudian sentuh semula layar untuk menaip. Memang mudah sangatlah.

Multitasking boleh dibuka sebanyak 4 layar, memang terbaik sebenarnya. 1 layar untuk nota, 1 layar untuk carian di internet, 1 lagi layan Youtube, 1 lagi anda boleh guna lain pula. Tapi saya lebih selesa menggunakan 3 layar sahaja. Buat masa ini, sepanjang saya guna, tiada masalah sangkut-sangkut atau lagging ketika menggunakan multitasking.

Jika anda tanya saya bab SPen dan melukis, itu saya tidak boleh bercerita lebih, anda boleh tonton di Youtube, ramai telah mengulas mengenai pengalaman menggunakan SPen dan melukis di Samsung Tab S7 FE. Sebab saya tidak menjadikan itu keutamaan. Cuma saya ada juga cuba menggunakan Apps mewarna di peranti ini. Pengalaman saya mewarna menggunakan Apps PENUP memang baik dan mata Pen memang accurate walaupun kadang-kadang rasa mecam kurang tepat, tapi penggunaan yang agak baiklah. Jadi seronok pula mewarna.

Apa lagi ya?

Setahu saya Samsung Tab S7 FE boleh buat Split Screen, menggunakan monitor sebagai paparan kedua. Tapi saya tidak mencubanya lagi, jadi, tidak boleh berulas panjang. And perlu beli cable Type C to HDMI.

Untuk Video Editing pada Samsung Galaxy Tab7 FE, semua proses editing berjalan dengan baik, dengan paparan skrin yang besar, memang puas hati. Cuma ada perkara yang saya kurang senang. Saya telah mencuba Inshot, Capcut, kedua-dua aplikasi ini tidak menyokong multitasking dengan baik. Boleh letak aplikasi ini, tetapi ada masalah, seperti tidak optimize. Aplikasi ini akan jadi nampak pelik. Harap ada optimize dari pihak aplikasi untuk optimize aplikasi mereka supaya boleh digunakan dengan baik dan sempurna.

Saya juga ada perasan, ada beberapa aplikasi tidak menyokong skrin melintang, cuma menegak sahaja. Ini kekurangan untuk sesebuah tablet yang mana optimize aplikasi hanya lebih kepada telefon dan bukannya tablet. Jadi, anda akan nampak kekuranganya di situ.

Mengenai harganya, Samsung menawarkan dua harga RM1,899 dan RM2,199. Untuk speksifikasi, sistem dan software yang ditawarkan pihak Samsung, anda rasa ianya berbaloi atau tidak? Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda.

Samsung Galaxy Tab S7 FE – Untuk Pembelian (Shopee)
Cover Tab – Untuk Pembelian (Shopee)
Tempered Glass – Untuk Pembelian (Shopee)

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *