Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Hotel : Q Hotel, Kuala Perlis
Alamat : 18A, Jalan Bukit Kubu, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Nombor : 016-527 7870

JOM REVIEW HOTEL!
- Q Hotel ini tidaklah begitu mewah kerana Q Hotel ini hotel budget. Q Hotel ini tidaklah tidak bagus, dan bukanlah yang terbaik, cuma senang moleklah untuk menginap.
- Cuma hotel ini ruangan bilik airnya agak sedikit kecil dan kurang selesa. Bagi sesiapa yang sedikit besar, memang rasa kurang selesa.

- Dari segi ruangan bilik agak luas, ada tempat untuk solat. Kalau ada anak, bolehlah bermain.

- Hotel ini tersedia televisyen, WIFI, seterika, dan ada juga disediakan penapis air diluar.


- Dari segi parkir, ada disediakan dihadapan hotel. Cumanya perlu cepat, takut penuh parkir.
- Pada waktu malam pula, kawasan ini memang sunyi. Tetapi, tidaklah begitu gelap.
- Penjaga Q Hotel ini sangat peramah. Anda bertanya sahajalah, InsyaAllah, mereka pasti akan jawab pertanyaan anda.
- Jika anda ingin membuat tempahan hotel, anda boleh hubungi atau whatsapp pihak hotel terlebih dahulu. Manalah tahu anda akan dapat lebih murah dari Agoda.
INFO TAMBAHAN
- Q Hotel ini terletak di Kuala Perlis. Perjalanan dari Q Hotel ke jeti Langkawi mengambil masa kurang lebih 8 minit. Jadi, bagi sesiapa yang rasa hendak ke Pulau Langkawi dan hendak mencari hotel sementara, bolehlah menginap di Q Hotel Kuala Perlis ini.
- Masa yang di ambil ke Dataran Kuala Perlis pula kurang lebih 10 minit (bergantung kepada kesesakan jalan). Dataran Kuala Perlis ini memang hidup pada waktu malam. Dengan adanya lampu, nampak laut, ada kereta kuda, ada persembahan dan jualan di hadapan Brasmana Hotel. Jika anda hendak balik ke hotel jam 12.00 malam pun, tidak menjadi masalah, kerana masa yang diambil untuk pulang ke hotel kurang lebih 10 minit sahaja.
- Disepanjang jalan kawasan situ, anda akan melihat banyak kedai makan yang berasaskan IKAN BAKAR. Saya tidak pernah mencubanya, tetapi kedai makan sentiasa penuh dengan pengunjung yang menyukai ikan bakar. Boleh dikatakan penuh. Bayangkanlah sepanjang jalan ada 3-4 kedai, kesemuanya penuh! Anda mungkin boleh mencubanya sendiri.
- Jika ke Perlis, rugilah kalau tidak singgah ke Padang Besar atau Arked Niaga bukan? Perjalanan dari Q Hotel ke Padang Besar mengambil masa kurang lebih 50 minit. Bergantung kepada lalu lintas. Kebiasaannya tidak sesak, cuma sampai sahaja di bulatan jalan akan sesak. Tetapi saya menasihati anda untuk keluar awal pagi.
Kenapa saya ambil hotel berdekatan di Kuala Perlis? Sedangkan perjalanan ke Padang Besar jauh?
Jawapannya adalah, Dataran Kuala Perlis hidup diwaktu malam, sedangkan Padang Besar hanya di waktu siang. Saya akan berjalan di Padang Besar di waktu siang, kemudian diwaktu malam pula, saya akan habiskan masa di Dataran Kuala Perlis. Dalam jam 11 malam, saya akan pulang ke hotel yang mengambil masa kurang dari 10 minit. Kerana itu saya memilih hotel di Kuala Perlis.
- Pada waktu matahari terbenam, jangan lepaskan peluang anda ke Masjid Al Hussain, jika nasib anda baik, pemandangan di sana cantik. Kemudian bolehlah solat di Masjid Al Hussain sekali.
- Jika anda ingin ke Taman Ular, dari Q Hotel ke Taman Ular mengambil masa kurang lebih 25 minit. Agak menarik juga Taman Ular itu, bukan hanya ada ular sahaja, ada kucing, ada memerang, dan beberapa haiwan lain lagi.
- Taman Angur pula tidak jauh dari Taman Ular, hanya mengambil masa kurang lebih 5 minit dari Taman Ular.
Disebabkan kesuntukan masa, banyak lagi tempat yang menarik ada di Perlis ini. Seperti Gua Kelam, Wang Kelian dan banyak lagi, tempat makan pun banyak, cuma kena pandai cari sahajalah. Siapa kata Perlis tidak banyak tempat menarik? Banyak aktiviti yang anda akan jumpa di sana. Walaupun Perlis kecil, tetapi banyak tempat yang menarik! Jom ke Perlis!
Sekian