Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Hotel : PUTRA BRASMANA HOTEL, KUALA PERLIS
Alamat : Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Nombor : 013-976 2873
Harga : RM112+ (Agoda)

JOM REVIEW HOTEL!
- Putra Brasamana Hotel ini saya tidak tahu ingin meletakan hotel ini sebagai budget hotel atau hotel mewah. Dengan harga serendah RM112(atau mungkin lebih sedikit), anda akan dapat bilik agak mewah, tambahan sarapan! Sangat murah dan berbaloi. Tetapi mudah sold out. Bayangkan anda ingin membuat tempahan kadang kala dua minggu kehadapan, tetapi semua bilik sudah penuh.
- Putra Brasmana Hotel ini terletak betul-betul kawasan pelancongan. Hotel ini terletak di Kuala Perlis, berhampiran antara Dataran Kuala Perlis dan Jeti Ke Langkawi, berhampiran dengan Masjid Al Hussain Kuala Perlis. Memang semuanya sudah ada dan sangat dekat. Hanya perlu merajinkan diri untuk berjalan kaki sahaja.
- Dari segi hotel, ianya sangat berpatutan dan murah. Anda berada di tengah Kuala Perlis, dengan harga hanya RM112 kurang lebih, anda memiliki pelbagai sektor pelancongan di sini. Hanya perlu berjalan kaki diwaktu malam dan pagi sahaja. Memang berbaloi untuk anda menginap di hotel ini.
- “Harga murah? Tapi hotelnya gah? Macam pelik sahaja”. Pada asalnya saya terfikir juga, kenapa murah sangat hotel ini, sedangkan anda boleh lihat, hotelnya sebesar-besar alam di tengah-tengah Kuala Perlis ini. Demi untuk memuaskan hati anda yang serba salah nak tempah atau tidak, jom kita lihat apa yang ada di Putra Brasmana Hotel ini. Berbaloi atau tidak, ok atau tidak.
- Masuk sahaja bilik, anda akan jumpa sebelah kanan penyangkuk baju, barangan minuman, peti sejuk dibahagian bawah dan sebelah kiri bilik air.



- Dari segi penyangkuk baju, bagi saya cukuplah untuk sidai atau nak gantung baju-baju anda. Biasanya tidaklah memerlukan banyak sangat.
- Dari segi bahagian air pula, hotel ini menyediakan cerek air elektrik, dua cawan, dua nescafe 3 dalam 1, sudu kecil dan 2 air botol mineral. 1 botol diletakan lagi diletakan dalam peti sejuk.
- Peti sejuk berfungsi dengan baiknya. Cuma lampu di bahagian penyangkuk baju itu, tidak hidup. Kalau dilihat pada mentolnya, terbakar. Mungkin pihak hotel perlu melakukan pemeriksaan pada bahagian lampu. Sebab, lampu dibahagian katil juga tidak berfungsi.


- Dari segi bilik air, yang ini saya hendak beri pujian. Bilamana saya masuk dalam bilik air, saya akan lihat sekeliling (sebab pernah dapat hotel yang ada air, rambut). Jadi, bila saya masuk, saya akan lihat sekeliling, memang bersih, lantai kering, sinki kering, tiada rambut (ini paling penting, kalau tidak, rosak mood kita). Saya boleh mengata begini, saya menginap 2 malam, jadi keesokan harinya saya masih berada di hotel ini, housekeeping melakukan tugasnya dengan sangat baik.
- Tuala semuanya bersih cantik. Cumanya bab sabunnya. Saya sedikit pelik, kenapa hotel sekarang tidak beri sabun buku yang kecil itu? Kalau sesiapa tahu apa sebabnya, boleh komentar di ruangan komen dibawah. Saya kurang berminat dengan sabun cecair ini, disebabkan bila kita sabun, tiada buih, dan rasa tidak syok atau tidak best, kata orang tiada rasa sabun. Kita akan rasa macam kita tidak sabun, dan badan rasa tidak bersih, dan pula sabun yang digunakan rasa melekit. (Terpaksa beli sabun buku di kedai). Saya lebih suka sabun buku yang kecil. Beberapa buah hotel saya menginap, masalah sabun cecair ini, saya kurang selesa. Mungkin sudah sampai masa saya bawa sabun sendiri.
- Saya seorang yang penggemar shower air ala-ala hujan ini. Kebiasaannya jika ada hotel yang meletakan shower air begini dan tekanan airnya kuat, saya akan beri kelebihan atau bonus pada hotel tersebut.


- Di hadapan sedikit, anda akan jumpa televisyen yang saiznya agak baik. Cumanya, salurannya agak terhad. Bagi saya, televisyen bukanlah isu bagi sebilangan orang, tetapi sebilangannya lagi ianya menjadi isu, cuma tidaklah terlalu besar isunya jika nak dibandingkan dengan televisyen yang tidak berfungsi langsung. Mungkin pihak hotel hari ini, perlu memberi kotak MyTV yang murah-murah sahaja, supaya terdapat pilihan saluran. Ada sebilangan orang yang membawa anak, televisyen diperlukan juga. Ada juga orang yang perlu buka televisyen baru boleh tidur.
- Sebelah televisyen, terdapat meja dan cermin untuk anda bersolek, sikat rambut atau apa-apa sahaja.
- Atas meja tersebut ada sebuah lampu yang agak romantis, malap-malap. Cuma saya tidak tahu sama ada kekurangan atau apa. Lampu dalam bilik Putra Brasmana Hotel ini, tidak banyak. Lampu hanya ada di bahagian jalan antara bilik air ke ruangan tidur, lampu di bahagian meja solek dan dibahagian kepala katil (bilik saya tidak berfungsi). Jadi, ketika malam, bilik agak malap. Tapi siangnya terang.
- Saya suka meja televisyen dan meja solet itu, agak besar sebenarnya. Bolehlah letak barang, makanan, air, jajan.

- Atas meja solek, terdapat satu kertas menu yang anda boleh buat pesanan. Harga makanan berpatutan. Jika makanan pada menu hotel berada dibawah RM15.00, memang bagi saya berpatutan, bukan murah ya, berpatutan. Nak buat rasa atau nak merasa, bolehlah pesan. Anda boleh cuba Set Ikan Bakar berharga RM29.00. Cuma bahagian airnya agak mahal. Tetapi, inilah harga hotel. Jika nak murah, anda boleh turun ke bawah, ada pelbagai jenis makanan menunggu anda.


- Kemudian, bahagian ini, anda akan disajikan dengan kawasan yang sepanjang masanya anda akan berada disini. Malam, pagi, waktu berehat. Kawasan tidur dan katil anda.
- Ruangan bilik ini tidaklah terlalu besar, tetapi lepas untuk anda bentang sejadah.
- Katil yang saya ambil Single Twin, agak luas dan bagi saya agak cantik. Pemandangan bilik ini mengadap ke laut. Ketika malam, anda akan dilihatkan pemandangan yang sangat cantik dan meriah.
- Tilam, bantal, katilnya semua baik. Cadar dan sarung bantal pun cantik dan bersih, tidak kotor dan warna gelap. Sebab ada sahaja hotel yang sarung bantalnya berkeladak warnanya, kadang hendak meletakan muka dibantal pun rasa tidak selesa.
- Apa yang paling saya suka, setiap hotel saya akan lihat, ada tidak soket untuk kita cas telefon bimbit dibahagian katil. Jika ada, itu kelebihan atau bonus untuk hotel tersebut, terlebih lagi ada meja disisi katil.
- Jika anda berada di katil berhampiran beranda, memang pemandangannya sangat cantik. Baik diwaktu malam mahupun pagi. Anda baring sahaja, buka langsir, boleh lihat pemandangan. CUMA, BERHATI-HATI, ANDA AKAN KELIHATAN JELAS DARI LUAR. Saya ada buat sedikit pemandangan dari bawah/luar terus pandang ke bilik saya. Memang jelas nampak. Orang luar boleh lihat anda dengan jelas. Jadi, berhati-hati, nak buka langsir, aurat mestilah terjaga. Sebab itu saya jarang buka langsir tingkap.
- Lantai bilik ini separuh jubin, separuh lagi karpet. Saya memang suka berlantaikan karpet.





- Baiklah, ada sesuatu yang tiada orang boleh menafikan mengenai hotel ini, walaupun anda membaca review atau ulasan di Agoda atau Booking.com bahawa hotel ini tidak bagus atau apa. Tetapi, semua akan bersetuju mengenai satu perkara, iaitu makanan di hotel ini atau sarapan di Putra Brasmana Hotel. Memang sedap betullah. Saya menginap di hotel ini sepanjang 2 kali (2 hari) saya bersarapan di Putra Brasmana hotel, memang tidak pernah menghampakan dan mengecewakan. Anda patut cuba.
- Daging masak hitamnya memang sedap, kuih muih, cucur kodok yang biasa-biasa itu pun sedap, Croissantnya memang rangup diluar lembut didalam.
- Jika tidak salah saya, jika anda bukan penginap di hotel ini, anda boleh bersarapan dengan membayar beberapa RM (saya tidak ingat), tetapi anda mesti cuba sarapan di Putra Brasmana Hotel ini.




- Apa yang lebih menariknya Putra Brasmana Hotel ini pada waktu malamnya. Kawasan bawah hotel ini “hidup” dan sangat meriah. Meriahnya tahap anda akan dengar orang berkaraoke sehingga jam 12.00 tengah malam. Mengganggu atau tidak, anda sendiri boleh menilainya.
- Hotel Putra Brasmana ini bekerjasama dengan peniaga dan membuka satu kawasan bernama Brasmana Food Truck And Flea Market (BFF).
- Cumanya anda janganlah menggambarkan ianya suatu yang terlalu gah. Bagi saya BFF ini cukup sekadar anda hendak berjalan-jalan, makan, beli baju dan sebagainya.
- Jika anda ke BFF ini, cubalah makan aiskrim potong yang gambar food truck merah itu. Sedap dan pelbagai perisa ada.
Bagi saya, Putra Brasmana Hotel ini sangat berbaloi untuk menginap disini. Selesa dan baik sahaja. Cumanya setiap hotel pasti ada kekuranganya bukan? Tidak kira, semewah manapun hotel yang anda pergi, pasti akan ada sisi kekurangannya, terlebihlagi hotel yang anda boleh menginap pada harga yang murah.
- Hotel ini agak outdated atau agak lama. Saya tidak dapat tarikh pembukaan hotel ini, tetapi yang pasti ianya reka bentuk yang agak lama.
- Dari segi lobinya, bagi saya baik sahajalah, walaupun terhad dengan hanya beberapa buah kerusi sahaja.
- Dari segi lifnya, agak kecil, hanya boleh dimuatkan 2-3 orang sahaja, jika anda bawa beg yang besar, mungkin 2 orang sahaja boleh dimuatkan dalam satu masa. Seperti yang saya katakan sebelum ini, hotel ini hotel lama.
- Mengenai dalam bilik, ada beberapa lampu yang tidak berfungsi ketika saya menginap. Satu lampu yang berada di almari penyangkuk baju (jelas mentolnya terbakar), satu lagi berada di bahagian katil.
- Dari segi perabotnya, memang kelihatan lama dan sangat usang. Ada juga orang review perabot dalam bilik mereka sangat usang, pintu dan sebagainya. Tetapi, saya hanya boleh ulas pengalaman saya sahaja dalam bilik yang saya menginap.
- Tetapi, saya mendapat info, yang Putra Brasmana Hotel ini sedang menambah baik dan mengubah suai bilik-bilik mereka. Barangkali juga harganya juga akan bertambah atau mungkin juga akan sama. Saya tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti, pasti saya akan ke sana lagi.
- Ada perkara yang kita boleh bertolak ansur, dan ada perkara yang akan merosakan mood kita. Saya sangat bermasalah dengan bilik yang ada rambut orang (tapi bukan hotel ini), dan satu perkara lagi masalah lipas. Disebabkan hotel ini agak lama, bilik saya ada masalah lipas. Ketika mana saya masuk, saya memang berpuas hati dengan semua keadaan bilik, cumanya, bila saya jenguk meja disisi katil, ada se-ekor lipas mati. Untuk saya, mungkin ambil tisu buang lipas mati itu, selesai masalah. Tetapi bagi sebilangan orang yang takut lipas atau lebih tepatnya geli pada lipas, memang menjadi masalah. Terutamanya semua ahli keluarga mereka geli pada lipas, baik si ibu, si ayah dan anak.
- Masalah lipas ini tidak terhenti disini (kerana itu saya memasukan masalah ini), waktu di dalam bilik air, memang terdapat se-ekor lipas yang sedang berjalan-jalan. Mungkin masalah ini hanya pada bilik saya sahaja.
Jika bertanya saya, adakah berbaloi menginap di hotel ini? Jawapan saya sangat berbaloi. Dengan harga RM112 kurang lebih, dengan hotel yang sangat gah, bermacam-macam ada di kawasan ini dan ditengah-tengah pula. Ianya sangat berbaloi untuk anda menginap.
INFO TAMBAHAN
- Menariknya Putra Brasmana Hotel, hotel ini memang berada di kawasan meriah boleh dikatakan hidup diwaktu malamnya.
- Keluar sahaja dari hotel, anda sedang berada ditengah-tengah. Ke sebelah kanan anda akan dibawa ke Masjid Al Hussain Kuala Perlis, atau Masjid Terapung, kemudian ada Jeti Ke Langkawi, ada tempat bergambar di jambatan berhampiran dengan Masjid Al Hussain.
- Jika anda ke sebelah kiri, anda akan dibawa ke Dataran Kuala Perlis, tempat riadah dan anda akan menikmati udara laut yang sejuk di waktu malamnya.
- Disini banyak juga Kedai Ikan Bakar, cuma anda perlu pilih, mana yang sedap, mana yang kena dengan selera anda.
- Dari Putra Brasmana Hotel, jika anda hendak berjalan ke luar kawasan mana-mana, sedikit jauh berbanding hotel lain. Tetapi tidaklah begitu jauh.
- Jambatan Tuanku Syed Putra (Jambatan Pelangi), mengambil masa 5 minit.
- Taman Ular, mengambil masa 28 minit.
- Taman Anggur, mengambil masa 30 minit.
- Taman Melati, mengambil masa 30 minit.
- Timah Tasoh, mengambil masa 40 minit.
- Gua Kelam, mengambil masa 45 minit
- FRIM Perlis, mengambil masa 47 minit
- Wang Kelian, mengambil masa 50 minit.
- Padang Besar, mengambil masa 60 minit.
Ini diantara tempat-tempat yang menarik yang anda boleh pergi dan bergambar disana. Sebenarnya banyak lagi anda boleh teroka di Perlis ini. Walaupun negerinya kecil, tetapi banyak tempat yang anda boleh pergi. Ada satu masjid ini yang dipanggil Masjid Ala Kubah Rusia. Saya ada lalu, memang cantik.
Sekian.