Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Filem Netflix
Tajuk : Love Like the Falling Petals
Minit : 126 Minit
Tarikh Tayangan : 24 Mac 2022
Pengarah : Yoshihiro Fukagawa
Genre : Percintaan, Emosi Kesedihan
Terbitan : Netlix Film
Negara : Jepun
*PERHATIAN : Babak Intim : 1:18:40 / 50:48 – 1:17:26 / 52:00
Filem ini mengisahkan kisah cinta yang penuh dengan dramatik dan pencintaan yang sangat menyedihkan. Dua orang yang saling mencintai.
Filem ini diadaptasi dari novel Sakura no Yona Boku no Koibito, penulis oleh Keisuke Uyama yang diterbitkan pada 17 Februari 2017
Haruto Asakura seorang yang minat dalam bidang jurugambar, tetapi bukanlah seorang yang mahir pada mulanya. Arieake Misaki pula seorang yang gemar menjadi tukang potong rambut dan mencantikan orang.
Suatu hari Haruto pergi ke kedai gunting rambut yang mana tempat Misaki bekerja. Asakura ialah pelanggan pertama Misaki. Haruto mula jatuh cinta pada Misaki kerana senyumannya yang cantik ibarat Bunga Sakura.
Setiap bulan Haruto akan ke kedai gunting dimana Misaki bekerja untuk menggunting rambut dan berjumpa dengan Misaki. Kemudian Haruto cuba untuk memberanikan diri mengajak Misaki bertemu janji. Dan… Sesuatu yang berlaku membuatkan mereka terus berjumpa dan akhirnya bercinta.
Mereka bercinta selama 3 bulan dan Haruto melamar Misaki menjadi isterinya. Misaki agak terkejut dan mengatakan yang Haruto akan berjumpa wanita yang lebih baik dari dirinya.
Misaki mempunyai penyakit Sindrome Progeria, yang mana Sindrom ini akan membuatkan seseorang itu menjadi cepat tua lebih dari manusia biasa. Ini akan menyebabkan Misaki akan cepat tua berpuluh tahun dari kebiasaan. Misaki akan menjadi lemah, kulitnya akan berkedut seperti orang tua, sakit, dan tulangnya akan menjadi rapuh.
Misaki merahsiakan perkara ini dari Haruto dan tidak memberitahu apa-apa mengenai penyakitnya. Kerana dirinya semakin hari semakin tua. Disebabkan Misaki semakin sakit, Misaki telah berhenti kerja sebagai tukang gunting rambut dan Misaki sangat kecewa dan sedih.
Misaki telah berjumpa Haruto buat kali terakhir di rumah Haruto. Misaki meluangkan sehabis masa bersama Haruto. Kemudian Misaki mengucapkan “Selamat Tinggal” kepada Haruto.
Misaki meninggalkan Haruto setelah itu dan tidak membalas apa-apa mesej dan mengabaikan Haruto. Haruto tidak berputus asa, dan terus menjadi Misaki di tempat kerjanya dan rumahnya. Kerana itu Misaki mengambil keputusan akhir menipu Haruto, mengatakan dirinya sudah mempunyai pengganti dan penggantinya adalah bekas teman lelakinya. Ini membuatkan Haruto rasa sangat kecewa dan tinggalkan Misaki.
Apakah yang akan terjadi kisah percintaan mereka? Adakah Misaki boleh sembuh dan mereka boleh hidup bersama? Jika Haruto mengetahui sakit Misaki dan Misaki tua, adakah Haruto boleh menerima Misaki?
Tonton di Netflix…..
Pelakon dari pelakon hebat :
Kento Nakajima – Haruto Asakura
Honoka Matsumoto – Misaki Ariake
Yuki Nagayama – Takashi Ariake
Yuki Sakurai – Ayano Yoshino
Shuntaro Yanagi – Kenzo Takanashi
Yumi Wakatsuki – Makoto Ichikawa
Jun Kaname – Doctor Kamiya
Hidekazu Mashima – Manager Tsuji
Mitsuhiro Oikawa – Kyosuke Sawai
Ulasan :
Filem ini sangat terbaik dengan penuh kisah percintaan yang sangat dramatik. Dari segi jalan cerita yang sangat baik dan apa yang saya boleh cakap, jalan penceritaannya tidak menyeleweng dan straightforward.
Filem ini dibintangi oleh Kento Nakajima sebagai Haruto Asakura dan Honoka Matsumoto sebagai Misaki Ariake. Kedua-dua pelakon ini membawa watak mereka dengan sangat baik. Ketika emosi dan marah, ketika babak percintaan dan kecomelan watak Misaki memang kena pada watak. Terutamanya ketika Honoka Matsumoto membawa watak Misaki setelah menua, dengan emosinya dengan muka tuanya, cara percakapan, jalannya.
Filem ini bagi saya mempunyai dua bahagian, ketika Misaki muda dan ketika penyakitnya menyerang menjadi tua. Kedua-dua bahagian ini memberi anda emosi yang berlainan. Ketika Haruto mencintai Misaki ketika muda dan mencintai Misaki ketika menua. Walaupun kisah percintaan Haruto dan Misaki terlalu sekejap, tetapi penuh dengan kesedihan.
Dari segi shot, lighting, Sound, kesemuanya sangat baik. Dari segi sudut pengambilan setiap babak, tiada babak yang gelap dan terlebih terang. Menariknya filem ini kebanyakan babaknya berlaku di dalam banggunan dan rumah. Jarang kita lihat babak diluar. Saya pernah dengar pengarah yang mengatakan mereka terpaksa melakukan pengambaran hanya didalam rumah, dan kualitinya akan kurang. Filem Love Like the Falling Petals ini, banyak sahaja babak di dalam rumah, bahkan dipengakhiran filem ini, berlaku diantara dalam bilik dan diluar pintu bilik sahaja. Tetapi cara pengambilan atau pengambaran itu yang penting, bagaimana shot dan sudut yang diambil dan yang paling penting adalah lontaran dialog, skrip, itu yang sangat penting. Bagi saya.
*Spoiler!
Cuma ralatnya disini, sepanjang Misaki hidup ketika dirinya sedang sakit tua, Haruto tidak pernah bersemuka dengan Misaki. Cuma hanya sekali sahaja mereka terserempak dan bertentang mata. Haruto tiada gambar ketika Misaki menua. Berkemungkinan besar, Haruto tidak tahu pun raut wajah Misaki ketika menua.
Filem ini sangat sedih dan berakhir dengan penuh kesedihan. Adakah anda akan setia jika mengetahui pasangan anda mempunyai penyakit seperti Misaki?
Selamat menonton!
Sekian.