Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Hotel : KIMAL HOTEL, TAIPING
Alamat : 118, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Nombor : 05-808 9925

JOM REVIEW HOTEL!
- Kimal Hotel ini bagi saya hotel budget yang memang berbaloi untuk menginap!
- Kimal Hotel ini terletak di Taiping dan betul-betul berada di Bandar Taiping. Bila terletak di kawasan bandar, pasti mudah untuk kita berjalan ke sana ke sini.
- Dari segi hotel, sangat berpatutan, dangan harga RM65-RM70(Agoda) anda akan dapat bilik yang sangat selesa.

- Walaupun ruangnya tidaklah luas, tetapi bagi saya, cukuplah. Boleh bentang sejadah solat, berjalan.
- Saya memang suka lantai yang berkarpet, jadi, ini kelebihan buat hotel ini, bagi saya.
- Warna bilik pun agak cantik, dan terdapat gambar di kepala katil. Memang ok la.
- Disebelah katil terdapat soket. Memang mudahlah untuk kita cas telefon bimbit kita.

- Seperti biasa, ada televisyen. Malam-malam kalau bosan, bolehlah buka. Bagi saya, televisyen pada sesebuah hotel sepatutnya ada dan wajib ada. Jika tiada, agak bermasalah sebenarnya. Sebab saya ada lihat beberapa ulasan hotel yang tiada televisyen. Dengan keadaan harga televisyen yang sangat murah ini, pastikanlah ada dalam bilik hotel. Dan pastikan siaran televisyen hotel itu berfungsi dengan baik, jika tidak, serupalah tiada televisyen.


- Ada disediakan meja, cerek pemanas air, cawan dan kopi 3 dalam 1. Bagi saya ini sudah memadai la.
- Ada juga tempat penyangkuk baju. Cuma saya kurang berkenan sebab gantungan baju betul-betul atas meja tu. Tapi, bagi saya, ok sahaja la.
- Kimal hotel juga menyediakan tuala, sabun, shampoo dan berus gigi, ubat gigi. Bayangkanlah dengan harga RM65-RM70 anda dapat semua. WIFI juga ada. Memang terbaiklah Kimal Hotel ini.

- Saya memang penggemar shower yang begini. Air semua ok. Sebab ada sesetengah hotel yang mana tekanan airnya sangat rendah, dan tidak puas hendak mandi. Tetapi Kimal Hotel ini, memang ok.

- Memang tiada apa yang nak diberi kritikan, sebab bilik air Kimal Hotel ini memang baik. Dengan warnanya yang tidak usang. Sebab ada saja hotel yang bilik airnya usang sangat warnanya.

- Ini permandangan dari tingkat 3. Memang cantiklah. Bila pagi-pagi bangun, selak sahaja langsir.
Kimal Hotel ini memang terbaik, berbaloi, kena pada harganya. Cuma setiap hotel, pasti akan ada kekeurangannya. Jika hotel semahal RM400+ pun, kita akan dengar rintihan pengguna, apatahlagi hotel budget yang cuma berharga RM65-RM70 ini.
- Saya tempah hotel ini 2 malam, saya tempah secara berasingan. Ingat nak menginap sehari, kemudian tempah semula.
- Pada hari pertama saya masuk bilik ini, memang kelihatan sempurna, bayangkanlah hotel serendah RM70 ini, dengan bilik yang cantik, karpet, semuanya lengkap. Memang saya mencari kekurangan bilik hotel ini, tetapi, tiada apa yang kurang. Sehingga saya terjumpa sesuatu…
- Kadang kala, saya ada nampak rambut. Bagi saya, isu rambut ini sangat merosakan mood kita. Saya pasti, anda juga akan pantang bila ternampak rambut terlebihlagi bukan rambut kita.
- Anda ingat tidak saya ada sebut, saya menginap hotel ini 2 kali. Kedua-duanya terjadi perkara yang sama. Tuala yang disediakan oleh pihak hotel juga ada terdapat rambut.
- Alas kaki sedikit nampak kotor, gelap. Tetapi alas kaki, bukanlah sesuatu isu yang besar.
- Cadar tilam agak baik, cantik. Cuma sarung bantal nampak sedikit gelap.
- Yang terakhir, ini bagi sesiapa yang ada masalah untuk menaiki dan menurun tangga. Kimal Hotel tiada lif.
- Kimal Hotel mempunyai 4 tingkat, dan anda perlu menaiki menggunakan tangga. Bagi sesiapa yang sukar untuk menaiki tangga, anda boleh tempah bilik yang berada dibawah, sedikit mahal, tetapi berbaloi.
INFO TAMBAHAN
- Kelebihan hotel ini, anda boleh lihat di peta yang telah saya sediakan diatas. Memang berada di tengah-tengah tempat pelancongan.
- Di Taping terdapat 2 kedai cendol yang agak terkenal, dan kedua-duanya sangat berhampiran dengan Kimal Hotel. Anda boleh berjalan kaki sahaja. Kedua-dua kedai ini buka jam 10 pagi
- Untuk ke Ansari Famous Cendol anda perlu berjalan kurang lebih 2-3 minit sahaja.
- Untuk Bismillah Cendol pula anda perlu berjalan kurang lebih 3-4 minit.
- Anda ingin ke Zoo Taiping, Safari Night? Jangan risau, masa yang diambil menaiki kereta hanyalah kurang lebih 6-7 minit sahaja, bergantung pada kesesakan jalanraya.
- Berdekatan dengan Zoo, ada sebuah taman dan tasik, yang anda boleh berjalan-jalan di kawasan situ. Kawasannya memang ramai orang terlebihlagi diwaktu malam. Sekitar jam 11 malam pun, masih ramai pengunjung.
- Untuk ke Bukit Larut pula, mengambil masa kurang lebih 10-15 minit.
- Anda nak pergi Bukit Merah Laketown Resort, hendak bermandi manda? Masa yang diambil untuk ke Bukit Merah Laketown Resort kurang lebih 35-40 minit. Jika anda hendak ke sana, bolehlah keluar awal pagi. Taman Tema Air pula buka jam 10 pagi.
Kimal Hotel ini bagi saya memang terbaiklah dan kena pada harga. Dengan budget bawah RM70, anda akan dapat bilik yang serba mewah, berbaloi, cantik, mudah, semuanya ada. Ini diantara hotel yang saya syorkan jika ada ke Taiping, Perak. Saya harap ada sedikit manfaat dalam ulasan saya ini. Selamat bercuti!
Sekian.