
Assalammualaikum dan Hai.. Selamat datang ke biskutkering.com!
Blog ini dicipta untuk berkongsi apa-apa perkongsian yang saya dapat mencapainya. Berkongsi tentang review filem, kehidupan, tempat menarik untuk bercuti dan sebagainya.
Cuma untuk permulaan, saya akan banyak berkongsi tentang filem yang pernah saya tengok dan filem yang sedang saya tengok. Filem baru hinggalah filem lama. Mungkin juga saya akan meletakan ulasan atau review saya terhadap filem tersebut, atau mungkin hanyalah sinopsis.
Saya juga akan berkongsi tentang kehidupan dan cuti-cuti atau tempat makanan yang menarik dan patut anda cuba.
Dan saya akan berkongsi juga perihal sedikit tentang agama, kerana jika hidup tidak berlandaskan agama, pasti jiwa kita akan mati kekeringan. *Saya bukan ustaz, tetapi perihal adab dan akhlak semua orang patut ada dalam diri. InsyaAllah, tiada kata-kata kesat yang akan keluar dari penulisan saya, InsyaAllah.
InsyaAllah, saya akan cuba untuk sedaya upaya berkongsi apa sahaja di dalam pengetahuan saya, dan saya tidak akan berkongsi mengenai hal politik kepartian atau mengenai seluar dalam apa yang artis pakai.
Saya harap anda boleh menerimanya dan senang untuk membaca artikel-artikel saya ini. Saya harap anda boleh memberi komentar yang baik-baik terhadap blog saya ini. Saya bukanlah pakar dalam penulisan, cuma sekadar ingin berkongsi dan mengeluarkan pemikiran saya sahaja, terlebih lagi dalam ulasan atau review filem, kerana filem ini sangat berseni, setiap orang ada daya dimensi fikirannya yang tersendiri untuk mengulas dari sudut mana filem tersebut. Mungkin blog saya akan dipenuhi dengan review filem.
Terima kasih atas kesudian anda pembaca yang singgah ke blog biskutkering.com ini. Semoga Allah rahmati dan murahkan rezeki kita semua. Amin.
SELAMAT DATANG KE BISKUTKERING.COM!
Sekian.