Our Father Sebuah Cerita Kejam

Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Netflix Dokumentari

Tajuk : Our Father
Durasi : 97 Minit
Tarikh Tayangan : 11 Mei 2022
Pengarah : Lucien Jourdan
Terbitan : Netflix Film
Genre : Emosi, Jenayah
Tontonan

Our Father mengisahkan mengenai kisah benar seorang Doktor bernama Doktor Donald Cline yang merupakan seorang pakar kesuburan.

Kepakaran Doktor Donald Cline ini diakui oleh ramai orang. Jika sekiranya ada seseorang yang mengatakan mereka ada masalah kesuburan, doktor yang pertama yang terlintas dan disyorkan ialah Doktor Donald Cline.

Dia membuka klinik di Indianapolis dari tahun 1979 sehingga 2009. Sangat terkenal dengan kepakarannya dan kebaikan yang dia lakukan. Mempunyai kenalan yang bukan calang-calang, dan mempunyai pengaruh yang besar di komunitinya.

Dia mempunyai sosok yang sangat baik, suka menolong, lembut dan sentiasa dalam keadaan disenangi orang sekeliling. Tetapi disebalik wajah baiknya ada tersimpan sebuah cerita yang sangat kejam jahat dan manusia bertopengkan syaitan.

Kisah disebalik ini terjadi bilamana seseorang yang bernama Jacoba Ballard terlihat iklan 23andMe dan ingin membuat ujian DNA genetik untuk mencari adik beradiknya yang lain.

Setelah Jacoba membuat ujian DNA dan mendapat keputusan, beliau merasa pelik disebabkan maklumat yang Jacoba dapat meragukan. Tiada maklumat ayah dan adik beradiknya mempunyai seramai 7 orang. Sedangkan sepatutnya penderma sperma hanya dibenarkan seramai 3 kali sahaja.

Mulai dari saat itu, Jacoba mula syak sesuatu yang tidak kena, dan mula menghubungi adik beradik tirinya yang lain melalui aplikasi itu. Dan keputusan yang Jacoba dapat semakin pelik.

Dalam kes lain, ada pasangan yang menggunakan khidmat penderma sperma, tetapi ada kes pasangan yang menggunakan sperma sendiri seperti kes Julie Harmon, yang mana ibu bapanya pergi ke klinik Dr Donald Cline untuk membuat rawatan pembenihan. Tetapi hasil DNA Julie Harmon didapati sama seperti Jacoba Ballard.

Jacoba Ballard telah menghantar banyak aduan kepada pihak bertanggungjawab, tetapi tiada maklum balas dari mereka. Sehingga terpaksa Jacoba melakukan penyiasatan sendiri.

Jacoba telah berjumpa dengan anak kepada Doktor Donald Cline, dan mereka telah bertanya kepada ayahnya, dan ayahnya mengaku menggunakan spermanya sendiri. Tetapi ayahnya berkata terpaksa kerana tiada penderma dan dia tidak membuatnya lebih dari 10 kali.

Hari berganti hari, jumlah adik beradik tiri Jacoba Harmon bertambah dan terus bertambah lebih dari 10 orang.

Kemudian muncul pula seorang bernama Matt White adik beradik tiri yang ke-17, yang mana ibu bapanya juga menjadi mangsa.

Sebahagian adik beradik tirinya pernah bersemuka dengan Doktor Donald Cline, ketika itu mereka ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi. Dengan tenang Doktor Donald Cline berjumpa mereka dengan sepucuk pistol dan bertanya siapa nama, umur, kerja dan sebagainya, seolah-olah dia sedang mencatat hasil benihnya yang berjaya atau tidak. Ketika itu dia mengaku dan mengatakan dia menukar spermanya dan jumlahnya tidak sampai 20 orang.

Kemudian muncul beberapa orang lagi bernama Woock, Lisa Shepherd Stidham, Jason Hyatt, Carrie Faster, Alison Kramer dan jumlahnya semakin bertambah hari demi hari. Ada diantara mereka setelah berumur 47 tahun, baru mereka tahu yang mereka bukan anak kepada ayah mereka, tetapi anak kepada Doktor Donald Cline.

Setelah mereka berjumpa mereka dapat tahu yang mereka ini mempunyai pelbagai penyakit yang sama, seperti Autoimun.

Jika mengikut cerita orang kampung Doktor Donald Cline, dia seorang yang warak, dan mempunyai gerejanya sendiri. Sangat kuat agama. Dia menggunakan ayat-ayat dari bible untuk melawan tuduhan mangsa-mangsa dia dengan mengatakan kelahiran manusia telah ditetapkan oleh tuhan. Sangat gila.

Ada kata-kata ayat bible yang dia selalu gunakan yang akhirnya Jacoba Ballard mengsyaki sesuatu, yang mana ayatnya ini selalu digunakan oleh ajaran sesat atau kulkus. Yang mana ajaran ini menyuruh pengikutnya memperbanyakan anak dan anak itu mestilah dari anak berkulit putih. Ajaran extrim seperti ini memang biasa berlaku di negara barat terlebihlagi Amerika. Adakah dia seorang pengikut ajaran sesat ini?

Sewaktu documentari Our Father ini buat, jumlah anaknya 94 orang! Ini sangat menggilakan dan jumlahnya dikatakan semakin bertambah dan bertambah.

Doktor Donald Cline pernah dibicarakan di mahkamah. Tetapi, kerana jasanya pada komuniti sangat besar, dia dibebaskan dan didenda sebanyak $500. Ini membuatkan Jacoba Ballard dan adik beradik tirinya merasa kecewa dan tidak berpuas hati.

Tetapi Doktor Donald Cline dibicarakan bukan atas sebab menukar sperma dan melakukan kejahatan ini. Dia dibicarakan atas sebab lain iaitu menipu dokumen. Sangat malang pada ketika itu, menukar sperma dan menipu penderma sperma tidak menjadi suatu kesalahan.

Atas asbab kejadian ini, Jacoba dan adik beradik tirinya berjaya mengubal undang-undang bagi penderma sperma yang tidak dipersetujui akan dikenakan tindakan undang-undang.

Pada mulanya kisah kejahatan ini tidak mendapat liputan dan tidak diangkat. Ketika Jacoba Ballard buntu dan kecewa dengan badan undang-undang, Jacoba terlihat seorang sosok wanita yang bernama Anglena Ganote yang banyak membantu membongkar kejahatan doktor ini. Walaupun Doktor Donald Cline tidak dipenjarakan atas kesalahan jahatnya, tetapi namanya sudah busuk di seantero dunia. Walaupun begitu, masih ada pengikut dan pengaruhnya mempertahankan dia.

Ulasan :

Dokumentari ini sangat bagus untuk ditonton oleh kesemua orang yang ingin berjumpa doktok dan ingin membuat pembenihan. Ada kata-kata dari Anglena Ganote, sesiapa yang hendak membuat pembenihan ini, baiklah mereka membuat ujian DNA untuk pastikan benih itu benar-benar dari bapanya. Sebab kita tidak tahu, pada bila-bila masa sahaja doktor yang jahat seperti ini akan menukar sperma orang lain atau dirinya sendiri. Kedengaran sahaja sudah menjijikan.

Setelah kejadian ini berlaku, direkodkan seramai 44 orang doktor telah membuat perkara yang sama, ini sangat menggilakan. Tetapi Doktor Donald Cline yang paling banyak melakukan perkara kejam ini.

Terdapat suara asal yang telah dirakamkan didalam dokumentari ini, jika anda mendengarnya, pasti anda akan rasa sakit hati dan seolah-olah doktor ini tidak bersalah apa-apa. Kemudiannya pula doktor ini ugut Jacoba, adik beradik tirinya dan Anglena bermacam-macam.

Bagi sesiapa yang kurang berminat dengan dokumentari, anda akan sedikit bosan kerana dokumentari Our Father ini lebih kepada bercakap dan penceritaan. Cuma ada beberapa footage dan suara asal yang boleh anda lihat dan dengar.

Dokumentari ini penuh dengan rasa emosi, kesedihan, dan menjijikan. Bilamana mangsa-mangsa ini menceritakan detik mereka jumpa doktor ini dan berharap agar mereka mempunyai anak dari darah daging mereka sendiri, tetapi ditipu hidup-hidup selama berpuluh-puluh tahun, ada yang 47 tahun. Sangat gila.

Dokumentari Our Father ini tidaklah begitu terbaik, tetapi dokumentari ini sebuah cerita yang ingin diceritakan betapa kejam, jahat, dan jijiknya doktor bernama Donald Cline ini.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *