Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com
Jika anda sebagai Ibu atau Ayah tidak tahu hendak ke mana ketika waktu cuti sekolah bermula, dan jika anda warga Kuala Lumpur atau hendak ke Kuala Lumpur. Ini salah satu tempat yang anda boleh pergi dan kunjungi
MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur? Apa yang menarik dekat sini?
Jangan risau, saya akan berikan satu persatu apa yang menarik di sini. Saya juga tidak biasa dengan Menara Kuala Lumpur, hanya lihat dari jarak jauh sahaja. Tapi bila ke sana, banyak juga tempat yang menarik. Jom kita terokai apa yang ada di Menara Kuala Lumpur.

1 – MINI ZOO
DEWASA : RM35
KANAK- KANAK : RM29
Mini Zoo Menara Kuala Lumpur ini agak sedikit mahal, tapi tidak peliklah jika ianya mahal, ini kerana kos penjagaan haiwan sangat tinggi ya. Belum cerita kos makanan, perubatan dan sebagainya. Untuk Mini Zoo saya tidak boleh ulas panjang sebab saya tak masuk.


2 – UPSIDE DOWN HOUSE
DEWASA : RM19
KANAK – KANAK : RM14
Untuk Upside Down House Menara Kuala Lumpur ini, harganya bagi saya biasa sahaja, tetapi bagi sesiapa yang tidak gemar atau bukan suka bergambar atau pergi seorang, mungkin anda boleh jimat untuk ke tempat lain. Jika ditanya saya, jika akan pergi bersama keluarga dan kawan-kawan yang suka bergambar, tempat ini sesuai, walaupun agak kecil dan hanya ada kurang lebih 5 bahagian tempat yang boleh ada menikmati mengambil gambar. Tapi jika anda seorang pandai untuk mengambil gambar, silalah ke Upside Down House ini.


3 – TOWER WALK 100
DEWASA : RM20
KANAK – KANAK : RM15
Tower Walk 100 atau TW100, serius ini menarik. Anda akan berada pada tinggian 100 kaki atau 30 meter dari bawah dan anda akan mengelilingi 360 darjah dan diberi masa 20 minit untuk anda bersantai, bergambar di atas. Nasihat saya jangan jalan terlalu laju ketika di atas, ambil masa anda dan bersantai, kerana perjalanan 360 darjah itu tidak jauh mana, jika anda laju, sangatlah rugi masa anda disitu. Anda boleh bergambar di ketinggian 100 kaki, dan bermacam aksi anda boleh ambil selagi mana tidak bahaya dan merisikokan diri anda. Setiap pergerakan anda akan diawasi dari CCTV, jadi, jaga kelakuan anda. Jika ditanya saya seronok atau tidak, simpan RM20 anda untuk ke tempat ini! Tapi jika anda seorang yang gayat, nasihat saya, fikirkan dahulu.

4 – SYRIAN SHAWARMA BY RVC
SHAWARMA : RM12
AIR : RM10
Bila penat berjalan, mesti akan rasa lapar bukan? Tapi tidak mahu makan makanan yang berat-berat. Disini ada Shawarma, anda boleh cuba Shawarma disini. Agak sedikit mahal, tapi, anda perlu tahu yang anda sedang berada di Menara Kuala Lumpur, pasti makanannya sedikit mahal disini kerana sewa lotnya juga mahal. Tetapi jika hendak mencuba, apa salahnya bukan? Disini banyak kedai makan lagi, boleh cuba kedai makan lain.


5 – OBSERVATION DECK
DEWASA : RM30
KANAK – KANAK : RM20
Menariknya Observation Deck ini anda boleh melihat 360 darjah di seluruh bandar Kuala Lumpur. Serius cantik. Walaupun pembanggunan agak pesat, tetapi dengan ketinggian hampir 300 meter ini, anda boleh melihat sekeliling bandar. Bagi sesiapa yang menyukai pandangan dan seni bina banggunan, anda bolehlah cuba ke sini dan ada teropong ya. Nampak jelas. Tetapi, bagi siapa yang suka aktiviti extrem, anda boleh simpan RM30 dan naik ke Sky Deck
6 – SKY DECK
DEWASA : RM71
KANAK – KANAK : RM37
Sky Deck Menara Kuala Lumpur, maaf, saya tidak mempunyai info mengenai ini, sebab bajet tidak mencukupi ketika itu, haha. InsyaAllah, saya akan ke sana lagi nanti.
Macam mana Menara Kuala Lumpur, menarik tidak?
Untuk anda yang tidak tahu mana hendak pergi, bolehlah ke Menara Kuala Lumpur dan merasai pengalaman berada di tempat yang tinggi. Walaupun setiap tempat ini mempunyai pakaian keselamatan, harus ingat, jangan terlalu seronok, sentiasa berhati-hati.
Sekian.