Layan Filem Korea: The Villagers/The Ordinary People

Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Filem Korea yang perlu anda tonton!

Tajuk : The Villagers/Ordinary People
Tahun : 7/11/2018
Genre : Aksi
Kutipan : USD 2.8juta
Produksi : DayDream
TvN MOVIES

Filem ini mengisahkan mengenai misteri kehilangan seorang pelajar perempuan di sekolah menengah, yang bernama Han Su Yeon. Han Su Yeon mempunyai nenek yang sudah tua dan mempunyai seorang kawan baik yang bernama Kang Yu Jin.

Sepanjang kehilangan Han Su Yeon, Kang Yu Jin sentiasa mencari kawan baiknya itu, dengan pelbagai cara. Melaporkan pada pihak polis, cikgu dan menampal poster-poster Han Su Yeon diseluruh kampung supaya orang dikampung itu dapat mengetahui tentang kehilangan Han Su Yeon. Tetapi masih tiada khabar berita dari pihak polis, cikgunya masih tidak mengambil peduli kerana dakwa gurunya Han Su Yeon melarikan diri kerana suka-suka.

Kang Yu Jin masih tidak berputus asa, dan tetap dengan pencariannya siang dan malam sehingga hampir membahayakan nyawa dirinya sendiri.

Sehinggalah datang seorang bekas guru tinju ke sekolah mereka iaitu Yuk Ki Chul sebagai dekan sekolah. Tugas Yuk Ki Chul adalah mengutip hutang dan yuran tertunggak. Yang mana pelajar sekolah ini sangat susah untuk mengutip yuran dan sangat nakal. Kerana itu pihak sekolah memerlukan Yuk Ki Chul meminta dan mengutip hutang dan yuran.

Yuk Ki Chul memulakan tugasnya meminta yuran dan hutang yang tertunggak, dan pelajar sekolah itu masih tidak mahu langsaikan tunggakan yuran tersebut. Kemudiannya Yuk Ki Chul terlihat Kang Yu Jin, dan namanya ada di dalam senarai pelajar yang masih tidak membayar yuran tersebut.

Setelah dipanggil dan disuruh untuk membayar tunggakan yuran, Kang Yu Jin memberi pelbagai alasannya. Kemudian Yuk Ki Chul bertanya tentang Han Se Yeon kepadanya dan mengatakan Han Se Yeon tidak membayar yuran dari tahun lepas, dan Yuk Ki Chul mendakwa Han Se Yeon melarikan diri. Kemudian Kang Yu Jin merasa marah dan memberitahu cikgunya itu jangan cakap sembarangan, Han Se Yeon tidak merlarikan diri. Yuk Ki Chul pun merasa pelik.

Sejak dari itu, Yuk Ki Chul melihat perangai Kang Yu Jin sedikit pelik dari pelajar lain. Kerana pada awal hari Yuk Ki Chul sampai ke bandar itu, dia telah melihat Kang Yu Jin bertengkar dengan beberapa orang pelajar sambil memegang poster kawanya hilang. Dan Kang Yu Jin sentiasa memarahi cikgu wanita disekolahnya kerana perihal misteri kehilangan kawannya.

Pada suatu hari, Yuk Ki Chul terlihat Kang Yu Jin memanjat pagar sekolah. Yuk Ki Chul bergegas mengejarnya. Setelah mencari-cari, akhirnya Yuk Ki Chul menjumpai Kang Yu Jin didalam sebuah kelab malam. Yuk Ki Chul mula merasa pelik, apa yang pelajarnya buat didalam kelab malam sedangkan kawasan ini bukan tempat untuk pelajar.

Kang Yu Jin bertanya kepada beberapa orang gengster didalam kelab itu tentang kawannya dan menunjukan poster, salah seorang dari mereka menjawab “Chae Lim?”. Terdapat pertelingkaran berlaku di situ dan akhirnya cikgunya membawa Kang Yu Jin keluar dari situ. Tiba-tiba, mereka terserempak dengan seseorang wanita dan mereka bertanya tentang Han Su Yeon. Wanita itu berkata, cuba tanya Puan Iseul, sambil ketakutan. Kang Yu Jin merasa pelik dan memberitahu cikgunya, wanita itu seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

Ketika balik daripada kelab, ada sesuatu perkara terjadi pada Kang Yu Jin sehingga dia dibawa ke hospital. Pada waktu itu polis telah datang dan siasat apa yang telah berlaku. Kemudian Kang Yu Jin bertanya kepada pegawai polis tentang misteri kehilangan kawannya Han Su Yeon. Tetapi polis beritahu nanti mereka akan siasat, Kang Yu Jin bertanya, sampai bila, kerana jawapan polis tersebut setiap kali sama.

Misteri kehilangan Han Su Yeon ini agak rumit kerana pada ketika itu, musim pilihan raya sudah hampir tiba. Polis tidak mampu membuat apa-apa walaupun sudah banyak kali laporan polis dibuat.

Yuk Ki Chul betul-betul merasa pelik dan ada sesuatu yang berlaku. Pada asalnya Kang Yu Jin memaksa cikgunya untuk bersama siasat misteri kehilngan ini, yang pada awalnya Yu Ki Chul menolak, kerana tidak mahu terlibat dalam kes polis dan dalam masa yang sama tidak mahu membahayakan keselamat dirinya dan nyawa pelajarnya.

Yuk Ki Chul pun menolong membuat surat laporan dengan cop jari nenek Han Su Yeon dan memberi kepada kawannya Dong Soo yang bekerja sebagai polis. Tetapi kawannya kata sia-sia, dan polis akan menyiasatnya. Pelik dengan jawapan kawannya, sama seperti pegawai polis sebelum ini memberi jawapan dan Dong Soo dimarahi oleh Yu Ki Chul.

Yuk Ki Chul mula untuk siasat dan bertanya kepada cikgu wanita tentang Han Su Yeon, dan cikgu wanita itu berkata Han Su Yeon melarikan diri dan sebagainya.

Kejadian demi kejadian yang berlaku membuatkan Yuk Ki Chul merasa sangat pelik, kenapa dalam kampung ini ada sesuatu yang sedang disorokan. Di tambah pula cikgu-cikgu sehingga ke cikgu besar disekolahnya juga kelihatan pelik dan sekolah mereka pernah didatangi oleh seorang ahli politik.

Sehinggallah Yuk Ki Chul merasakan sesuatu yang ganjil bilamana dia melihat seorang cikgu lelaki yang sentiasa digilai oleh pelajar perempuan dan cikgu lelaki ini mempunyai perangai yang ganjil dan Yu Ki Chul menjumpai sesuatu yang mengejutkannya di dalam tandas wanita.

Setelah puas Kang Yu Jin memaksa cikgunya untuk siasat perihal ini, akhirnya, Yuk Ki Chul bersama Kang Yu Jin menyiasat misteri kehilangan Han Su Yeon dan dibantu oleh kawan polisnya, Dong Soo. Mereka menyiasat dan mencari misteri kehilangan Han Su Yeon dan sekaligus membongkar misteri yang berlaku di kampung tersebut.

Siapakah Cikgu lekaki tersebut? Apa yang Yuk Ki Chul menjumpai? Apa yang akan berlaku kepada Yuk Ki Chul dan Kang Yu Jin? Apa pengakhiran Han Yu Seon? Apa sebenarnya berlaku di dalam kampung tersebut? Siapakan mastermind dalam kes ini? Adakah pegawai polis tersebut bersama dengan penjahat? Siapa yang empunya kelab malam tersebut? Masih ingat, pilihanraya yang sudah hampir tiba? Siapakah ahli politik tersebut?

Anda perlu menonton filem ini. Banyak konflik yang terjadi. Filem ini sangat menarik untuk ditonton.

Lakonan hebat dilakonkan oleh:

Ma Don-Seok(Don Lee) – Yuk Ki Chul
Kim Sae-Ron – Kang Yu Jin
Lee Sang-Yeob – Ji Sung
Jin Seon-Kyu – Byung Doo
Shin-Sehwi – Han Su Yeon
Jang Gwang – Ki Tae

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *