Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com
Filem Korea yang perlu anda tonton,
Tajuk : The Bad Guys: Reign Of Chaos
Durasi : 115 Minit
Pengarah : Son Yong-ho
Tarikh Tayangan : 11/9/2019
Genre : Aksi/Jenayah
Kutipan : USD 22,227,969
Produksi : Bae Soo-hong, Kwon Min-sung
CJ Entertainment

Filem ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan Yakuza yang ingin menakluk pasaran Korea dengan melakukan kesalahan menjual dadah, membunuh orang dan menjual organ manusia.
Yazuka ini berpusat di Jepun dan sangat berpengaruh dan digeruni. Yakuza ini sedang memperluaskan kegiatan jenayah, sekaligus memperluaskan kuasa dan pengaruhnya di Korea Selatan. Mereka akan membeli apa sahaja yang mereka inginkan dengan pengaruh kuasa dan wang termasuklah membeli pihak berkuasa tempatan.
Sementara itu, di sebuah penjara, terdapat seorang bekas gengster yang bernama Park Woong-cheol dan memiliki gelaran Beruang. Dia dipenjarakan 28 tahun akibat keganasan dan menyebabkan kecederaan.
Di dalam penjara, Park Woong-cheol banyak mengabiskan masanya dengan menjahit. Dalam masa yang sama, Park Woong-cheol ialah ketua di penjara itu dan ditakuti semua warga banduan penjara.
Pada suatu hari ketika Park Woong-cheol sedang menjahit, berlaku satu kekecohan diantara banduan, tercetus akibat seorang banduan baharu yang masuk. Banduan itu masuk disebabkan tuduhan membunuh.
Apabila Park Woong-cheol sampai, kesemua banduan berhenti, memberi laluan dan hormat kepadanya. Kecuali hanya seorang sahaja, iaitu banduan baharu itu. Pertelingkaran mula berlaku antara mereka berdua, dan membuatkan Park Woong-cheol menjadi marah dan menumbuk banduan itu, dan terjadi pergaduhan kecil.
Datang seorang pegawai polis meleraikan pergaduhan itu dan memanggil Park Woong-cheol ke biliknya, kerana ada sesuatu yang dia hendak tunjukan.
Pegawai itu menunjukan surat khabar yang mana tertera berita tentang kematian kawannya iaitu Nam Myung-suk seorang anggota polis yang berpangkat tinggi. Ini menyebabkan Park Woong-cheol kemarahan, kerana Nam Myung-suk melayannya dengan baik sewaktu berada dipenjara.
Kematian Nam Myung-suk seolah dirancang rapi. Nam Myung-suk dibunuh ketika sedang menyiasat sebuah kumpulan gengster bernama Junggu.
Kemudian kemarahan Park Woong-cheol semakin membara bilamana kawannya seorang anggota polis juga iaitu Yoo Mi-young terlibat dalam kemalangan ketika mengiring membawa banduan bertukar ke penjara lain. Kemalangan tersebut telah dirancang oleh sekumpulan gengster untuk mengeluarkan seorang banduan yang bernama Noh Sang-sik merupakan orang suruhan sebuah kumpulan yakuza.
Yoo Mi-young cuba untuk mengawal keadaan dan cuba untuk menyelamatkan seorang banduan, Ko Yoo-sung, banduan baharu, dituduh membunuh. Kemudian Yoo-Mi-young telah ditikam oleh salah seorang anggota kumpulan gengster tersebut, akibat dari itu, Yoo Mi-young telah dimasukan ke dalam wad rawatan rapi, kerana keadaannya sangat kritikal.
Dalam masa yang sama, terdapat seorang banduan wanita yang terlepas daripada kejadian itu, iaitu Kwak No-soon atau Jessica. Jesicca adalah seorang penjenayah licik, scammer, dan banyak menipu orang kaya demi untuk keuntungan dirinya sendiri.
Didalam organisasi kepolisan pula, terdapat beberapa watak utama di dalamnya, iaitu Oh Gu-tak, seorang legend dan pengasas unit Jenayah Khas, pernah dipenjarakan atas kesalahan kekerasan. Seorang Detektif Polis, ketua kes banduan yang terlepas. Dan seorang lagi Ketua Polis.
Disinilah bermulanya kisah The Bad Guys, bermula dengan Oh Gu-tak mengasaskan semula kumpulannya dan mengumpul semula semua dari mereka untuk menyiasat kes ini dengan secara kekerasan.
Disinilah bermulanya kisah The Bad Guys, bermula dengan Oh Gu-tak mengasaskan semula kumpulannya dan mengumpul semula semua dari mereka untuk menyiasat kes ini dengan secara kekerasan.
Pastikan anda menonton Filem The Bad Guys: Reign Of Chaos
Lakonan dari pelakon hebat:
Ma Dong-seok/Don Lee – Park Woong-cheol
Jang Ki-yong – Ko Yoo-sung
Kim Ah-joong – Kwak No-soon
Kim Sang-joong – Oh Gu-tak
Jo Dong-hyuk – Jung Tae-soo
Kang Ye-won – Yoo Mi-young
Kim In-woo – Yoshihara