Lagi-Lagi Senario Di Netflix Sekarang!

Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Filem yang perlu anda tonton di Netflix!

Tajuk : Lagi-Lagi Senario
Durasi : 110 Minit
Pengarah : Aziz M Osman
Tarikh Tayangan : 14/12/2001
Genre : Komedi
Kutipan : RM 6.33 Juta
Terbitan : Grand Brilliance

Filem ini mengisahkan seorang pemilik warung Azlee yang sudah bertahun-tahun berniaga di suatu kawasan. Azlee mempunyai dua orang pembantu, iaitu Yassin dan Saiful. Mereka sangat rapat dan sudah lama bersama-sama. Yassin seorang pelayan tetamu, manakala Saiful pula seorang penebar roti canai yang terbaik di kawasan situ. Azlee mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa bertandang dikedainya, Muthusamy dan Lee Ah Cai.

Tidak lama kemudian, Wahid telah muncul diwarung Azlee. Disebabkan Wahid dibuang kerja dari sebuah restoran terkemuka Perancis, kemudian bekerja pula sebagai jadi sesumpah, akhirnya dibuang kerja juga. Wahid tiada wang untuk membayar sewa rumah, dan kemudiannya dihalau pula dari tuan rumah. Akhirnya, Wahid tumpang tidur di Warung Azlee. Azlee bersetuju untuk mengambil Wahid bekerja.

Setelah sekian lama mereka berniaga tanpa ada gangguan dan saingan. Tidak semena-mena, datang seseorang yang cuba untuk menyaras perniagaan Azlee. Beliau ialah Mazlan. Mazlan telah lama melihat kawasan tersebut sebagai tempat meniaga paling laku dikawasan itu. Mazlan mengambil keputusan untuk membuka tapak perniagaannya Warung Sensasi Alaf Baru yang bernama Kafe Selera Canggih, Warung Mazlan.

Mazlan mempunyai anak sedara bernama Lin dan pembantunya bernama Maya yang sentiasa menggunakan kecantikan untuk memikat apa sahaja yang boleh membangun dan melariskan perniagaan Warung Mazlan. Akhirnya, Mazlan berkeras untuk membuka warungnya disebelah Warung Azlee. Dengan adanya karaoke dangdut, pasti akan lebih memeriahkan lagi Warung Selera Canggih Mazlan.

Yassin, Saiful dan Wahid mula terasa terancam dengan pembukaan warung Mazlan. Kerana mereka kuatir jika warung Mazlan terkenal dan semua pelanggan warung Azlee beralih kedai, pasti Warung Azlee akan bungkus dan sekaligus akan menggangu periuk nasi mereka.

Buka sahaja Warung Mazlan, pelbagai perkara yang berlaku dalam persaingan mereka untuk memajukan warung mereka masing-masing. Persaingan halus dan kasar digunakan. Disebelah Warung Mazlan, Maya menggunakan teknik kecantikannya dan suaranya untuk memikat pelanggan. Manakala Warung Azlee, sentiasa kecundang. Bahkan pelanggan tetap Azlee iaitu Muthusamy dan Lee Ah Cai sudah berlaih angin ke kedai Warung Mazlan.

Apakah yang akan terjadi kepada mereka berdua?
Siapakah yang menang dalam persaingan ini?
Bagaimana pula dengan Yassin, Saiful dan Wahid?
Apakah nasib mereka semua?

Jom layan antara filem terbaik Kumpulan Senario!

Lakonan dari pelakon hebat:

Azlee – Azlee
Lan Pet Pet – Mazlan
Wahid – Wahid
Saiful Apek – Saiful
Yassin – Yassin
Wardina Safiyyah – Lin
Ayu Mayuni – Maya
Accapan – Muthusamy
Robert Kong – Lee Ah Cai
Nasir Ali – Majid

Ulasan:

Lagi-Lagi Senario adalah diantara filem terbaik lakonan hebat Kumpulan Senario yang dibintangi oleh Kumpulan Senario sendiri iaitu Azlee, Lan Pet Pet, Wahid, Saiful Apek dan Yassin. Filem ini diarahkan oleh Aziz M Osman.

Bagi saya, hanya Aziz M Osman sahaja yang boleh mengawal kumpulan Senario ini dan membawa filem Senario dengan lebih baik dan pecah panggung. Saya berharap Aziz M Osman kembali kepada kumpulan Senario semula untuk membangkitkan Senario kembali.

Menariknya filem-filem Senario, mereka bukanlah bersungguh-sungguh berlawak jenaka sehingga nampak bodoh tapi mereka menjalanan lakonan mereka dengan berkeadaan biasa dan bersahaja sahaja. Lawaknya akan datang kemudian.

Sebenarnya filem-filem Senario ini agak serius, boleh dikatakan serius dan komedi. Ada serius, ada sedih, ada pengajaran dan ada jenakanya. Memang sangat terbaik. Buat masa ini saya tidak tahu ada kumpulan yang boleh melawan kumpulan Senario ketika ini. Boleh berjenaka, boleh menyanyi, boleh bermain alat musik. Apa yang penting dalam Senario, tiada istilah mematikan lawak kawan sepentas mereka. Ini menarik mengenai kumpulan ini.

Filem Lagi Lagi Senario menampilkan juga pelakon seperti Wardina Safiyyah dan Ayu Mayuni yang menceriakan lagi filem ini. Ada juga watak-watak cameo seperti Encik Majid dilakonkan oleh Nasir Ali, antara babak yang menggelikan yang dihadiri oleh Nabila Huda ketika itu.

Watak cameo abang pancing iaitu Aziz M Osman. Tidak lupa juga Osman Kering dan Syanie. Walaupun mereka masuk hanyalah satu dua babak, tetapi membawa impak yang sangat besar.

Oh ya, filem ini terdapat kisah percintaan diantara Wahid dan Lin dengan Saiful dan Maya. Ini menariknya filem Lagi Lagi Senario. Ketika lawak mereka serius, ketika babak percintaan juga mereka serius. Boleh tonton babak percintaan Wahid dan Lin, bagaimana mereka meletakan emosi percintaan mereka.

Terdapat banyak babak komedi dan dialog yang kelakar dalam filem ini,

“Puiih! Ini saya minat ke dengan Senario!” Berkata Yassin kepada Yassin Senario

Juga ada kisah percintaan yang tidaklah terlalu mendalami sangat, tetapi cukuplah sekadar kisah percintaan untuk filem yang bergenrekan komedi. Wardina membawa watak Lin sedang bercinta dengan Wahid, sangat terbaik.

Sebagai seseorang yang membesar dengan lawak jenaka kumpulan Senario, saya mengajak anda dan generasi baharu untuk menonton filem Lagi-Lagi Senario ini di Netflix hujung minggu ini. Pasti anda akan gelak dan tidak kering gusi!

“Cehh.. makan punya pasal pun mau tipu kah?” – Muthusamy
“Sekarang punya time semua orang mahu tipu maa.. Tengok ini paper pun tak boleh percaya” – Lee Ah Cai
“Dei.. Acai tak percaya apasal baca?” – Muthusamy
“Ada satu boleh percaya..” – Lee Ah Cai
“Haaa??” – Muthusamy
“Nombor 4D” – Lee Ah Cai
“Ceehh!” – Muthusamy

Pastikan anda menonton filem Lagi Lagi Senario di Neftlix! Senario Kumpulan Pelawak Sepanjang Zaman!

Sekian.

Lirik Lagu Lagi Lagi Senario

Azlee:
Selamat Datang ke gerai Azlee,
Roti Canai dengan gaya terkini..
Ada roti dan juga ada kopi,
Ada gusti tau, ada dam haji..

Roti kopi oiii..
Satu lagi..

Mazlan:
Sila datang ke warung saya,
Gerai Mazlan warung tercanggih..
Kafe dialaf baru,
Ada wanita tukang layan..

Percuma Air minuman,
Roti kopi satu lagi..
Roti roti roti satu lagi,
Roti dangdut ada dekat sini..

Wahid:
Saya Wahid, penebar roti..
Saya tebar, gaya tersendiri..
Ada roti, terbang melayang..
Inilah roti rock n roll.

Apek:
Saya saiful, penebar roti..
Yang termacho, didunia ini..
Semua wanita, tergila-gila..
Tapi bukan gilakan saya, gilakan roti saya..

Yassin:
Saya Yasin, pelayan lelaki..
Maksud saya, pelayan gerai ini..
Bukan layan, layan laki-laki..
Nak roti, nak kopi, nak lagi?
Carilah saya ini.

Lagi-Lagi Senario..
Lagi-Lagi Senario..
Lagi-Lagi Senario..
Lagi-Lagi Senario..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *