Klik Rider Sitkom Mamat Khalid

Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Tajuk : Klik Rider Sitkom
Durasi : 23 Minit
Pengarah : Mamat Khalid
Skrip : Nazeed Mahat
Tarikh Tayangan : 17/9/2021
Genre : Komedi/Episod
Astro Warna

Sebuah sitcom arahan Mamat Khalid yang mengisahkan mengenai pekerja Rider yang susah payah dalam mengharungi dunia rider. Mereka mempunyai kawan-kawan yang sentiasa berada disisi mereka.

Mereka mempunyai tempat ‘lepak’ yang mana mereka semua akan berkumpul disebuah Restoran Rawther Al Wafi yang dimiliki oleh Pak Rawther, yang dijaga oleh anaknya As.

Mamat Khalid memang terkenal dengan filem lawak, drama komedi dan sitkom komedi. Sebelum ini Mamat Khalid pernah mengarah Spanar Jaya, Kampong Pisang Bersiri-Siri. Kali ini Mamat Khalid membawa sebuah suatu kelainan sitkom bertajuk Klik Rider, yang lebih moden.

Klik Rider menampilkan pelakon agak baharu dalam karya Mamat Khalid kali ini, dengan menggabungkan pelakon-pelakon yang tidak pernah digabungkan sebelum ini. Jika berjaya sitkom Klik Rider, ini suatu kejayaan buat Mamat Khalid. Diantara gabungan pelakon yang ada di dalam sitkom ini, Anas Ridzuan, Zahairil Adzim, Sharif Zero, Jasmine Suraya Chin, Bulan Terry, Dewa Sapri, Rashid Othman, dan Souya.

Pelakon Sitkom Klik Rider:

Anas Ridzuan – Kamal
Zahairil Adzim – Ijan
Sharif Zero – Yus
Jasmine Suraya Chin – Tasya
Bulan Terry – As
Dewa Sapri – Pak Rawther
Rashid Othman – Abang Gaf
Souya – Souya

Ulasan:

Saya telah menonton sitkom Klik Rider episod 1, bagi saya, agak menarik untuk permulaannya. Ada babak yang saya gelak, ada jenaka. Saya tidak sabar untuk menonton episod 2 minggu depan.

Dengan penampilan pelakon-pelakon yang ada, saya rasa agak menarik. Saya diantara peminat Zahairil Adzim yang membawa watak Ijan dan Anas Ridzuan membawa watak Kamal, bagi saya mereka ada lawaknya yang tersendiri. Ditambah pula dengan Yus dilakonkan oleh Sharif Zero yang sememangnya seorang pelawak.

Apa yang menarik perhatian saya, terdapat dua pelakon wanita yang bukan beraliran komedi di dalam sitkom ini, Jasmine Suraya Chin dan Bulan Terry. Bulan Terry baru sahaja berlakon dalam filem pendek Kampong Pisang Kita Setandan arahan Mamat Khalid. Tetapi kali ini Bulan Terry pelakon utama bernama As, yang banyak dialognya dan kita boleh nilai lakonannya dalam arahan Mamat Khalid.

Jasmine Suraya Chin pula, beliau memang seorang pelakon yang berbakat, cumanya dalam sitkom, perlunya ada komedi yang akan keluar dari mulut setiap pemain watak. Untuk episod 1, menarik. Bagi saya beliau menjalankan watak Tasya dengan baik dan mempunyai kecomelannya. Ini akan menyerikan lagi sitkom ini dengan kehadiran dua bunga.

Tetapi apa yang paling menarik perhatian saya adalah watak Abang Gaf yang dilakonkan oleh Rashid Othman yang sebelum ini membawa watak Faguha Jabar, yang mana sebelum ini hanya berdiamkan diri sahaja. Untuk sitkom Klik Rider, beliau yang membawa watak Abang Gaf penjual insurans yang ada dialog, setiap lontaran dialognya lembut sahaja. Ini sangat menarik. Saya sentiasa menunggu lakonannya yang mengeluarkan dialog, kerana saya ingin melihat, apakah beliau boleh membawa watak yang berdialog. Dalam episod 1, beliau membawa wataknya dengan baik, dan sedikit kelakar bagi saya. Tengoklah cara dia bawa cawan sambil goyang-goyang cawan. Tidak sabar untuk menunggu lakonannya di episod 2.

Dewa Sapri membawa watak Pak Rawther, untuk episod ini, tidak bercakap, hanya keluar sahaja. Sesiapa yang ingin mengetahui apakah sesebuah karya ini Mamat Khalid atau bukan, lihat nama wataknya. Pasti akan ada nama watak yang pelik dan unik. Souya pula membawa watak Souya, untuk episod 1 juga beliau tidak banyak. Tetapi, Souya memang seorang pelakon komedi. Dalam sitkom ini, seakan membawa watak gila. Tapi, kita tunggu episod 2.

Dalam episod 1 menampilkan artis jemputan, Joey Daud sebagai Daud M dan seperti biasa, seorang rider dan watak dari Kampong Pisang. Daud M mempunyai pelat yang pelik.

Selain itu juga ada Shuk Sahar yang memegang watak En Shukri Ba dari Dewan Bandaraya. Untuk penampilan Shuk atau En Sahukri Ba ini memang terbaik, dan ada sesi perli memerli disini yang mana anda perlu menontonnya sendiri. “Ada masalah dengan isteri”. Itu sahaja petunjuk yang saya boleh berikan. Jadi, tontonnya sendiri.

Secara kesimpulan untuk sitkom Klik Rider Episod 1 ini bagi saya sangat menarik dan ada lawak jenakanya. Saya berharap untuk Klik Rider Episod 2 lebih menyengat dan lebih komedi lagi dengan ada artis jemputan yang lain pula.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *