Kedai Ais Kepal Lajen Kampung Baru

Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com


biskutkering.com nak kongsi kedai Ais Kepal Lajen yang berada di Kampung Baru.

Anda pernah makan Ais Kepal tidak? Teringat zaman sekolah, balik sahaja dari sekolah, tengah panas dan dahaga, memang singgahlah kedai Ais Kepal ini. Sedap dan Murah!

Sebab apa saya kata kedai ini lajen? Sebab kedai ni sudah lama beroperasi. Tapi spesifik tarikh atau tahun tu saya tidak pasti. Tapi sudah belasan tahun saya makan Ais Kepal di kedai itu. Orang Kampung Baru pasti kenal dengan kedai Ais Kepal ini.

Kedai Ais Kepal ini terletaknya di Lorong Raja Muda Musa 1. Jika anda tahu Saloma Link atau LRT Kampung Baru, kedai ini berada dikawasan situ. Kedai Ais Kepal ini menjual makanan juga, boleh cuba menu makanannya juga seperti Nasi Goreng Kampung dan sebagainya.

Ais Kepalnya pelbagai perisa, seperti Sirap, Pandan dan lain-lain tapi paling saya suka perisa Coklat, memang padu, sedap! Tengah menaip ini pun terasa nak pergi beli sekarang. Kena pula musim panas. Sangat melegakan tekak. Cuma jangan amalkan selalu, boleh kena kencing manis nanti.

Oh ya, jangan lupa cuba menu Air Batu Campur sekali ya. Memang sedap dan penuh dengan bahan di dalamnya. Pendek kata, tidak kedekutlah. Maaf saya terlupa nak ambil gambar ABC.

Ais Kepal Kg Baru @ Cherry Corner
Alamat : Jalan Raja Muda Musa 1
Waktu Operasi : 12:00 Tengahari – 7:00 Petang
Buka Hari : Selasa – Sabtu
Nombor : 013-8154778

Selamat mencuba!

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *