Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com
Filem Frontliner Netflix

Filem yang mengisahkan mengenai frontliner atau barisan hadapan yang sentiasa mengharungi pelbagai situasi, tekanan dan kehidupan. Bukan hanya menghadapi situasi bekerja, bahkan situasi keluarga mereka sendiri. Bagaimana mereka tidak boleh pulang ke rumah, kerja hampir 20jam sehari!

Ramai yang teruja dengan filem ini yang bakal dikeluarkan pada 30 September di Netflix. Mungkin kerana filem ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti:
Pelakon Frontliner Netflix:
Azhan Rani, Emma Maembong, Achey, Beto Kusyairy, Wan Maimunah, Ashraf Muslim, Zul Handy Black, Black Hanifah, Farah Ahmad, Shamsul Danish, SDP Siren, Ruby Ooi, Meerqeen.
Sudah pasti dengan kehadiran kesemua pelakon ternama dan hebat ini, pasti penonton tidak sabar ingin menunggu filem Frontliner ini keluar.
Cumanya disini, pasti ada juga yang sedikit skeptikal dengan filem ini, kerana filem ini diarahkan oleh Razif Ajiboy Rashid yang mana pada sebelum ini filem Kelaster tahun 2020 mendapat tentangan hebat dari penonton dan pengkritik filem. Tetapi, hal ini tidaklah boleh menyalahkan penonton jika sedikit ada perasaan buruk atas filem Frontliner ini. Namun, bukanlah alasan kita untuk menolak langsung setiap filem kehadapan beliau. Kita perlu mengambil jalan ‘tunggu dan tonton’, kemudian kita bolehlah review filem Frontliner sesudah kita menontonnya kelak.

Mungkin juga ada yang beranggapan membikin dokumentari lebih baik dari filem. Disebabkan kita boleh menceritakan mengenai barisan hadapan, sudah tentu lebih banyak penceritaan yang boleh kita keluarkan. Bagaimana pihak berkuasa pada awalnya, kemudian di dalam hospital, kematian, mandi jenazah, kebumi dan banyak lagi penceritaan boleh dilakukan.
Cumanya disini, proses dokumentari mungkin mengambil sedikit masa dan footage yang agak banyak. Jika ingin melakukan dokumentari, sepatutnya lebih awal lagi sesi rakaman perlu dijalankan, dan agak sukar untuk melakukan dokumentari. Dan saya rasa, kita sudah terlepas banyak moments ketika masuknya wabak covid-19 dan bagaimana pihak berkuasa tangani wabak pada awal wabak ini muncul, dan perintah berkurung atau lockdown pertama kali dilakukan. Jika detik-detik ini kita terlepas, maka, tiada footage yang boleh dijadikan dokumentari. Mungkin hanya footage setelah itu sahaja yang boleh dijadikan dokumentari.
Namun, saya berharap, pengarah dapat menyelitkan sedikit footage asli dari berita dan pelbagai sumber lain. Bagi merealitikan lagi kisah Frontliner ini.
Pastikan anda tonton filem Frontliner ini di Netflix pada 30 September!
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pekerja barisan hadapan, frontliner. Jasa anda akan dikenang sampai bila-bila. Terima kasih.

Sekian.