D28 Cafe Kampung Baru

Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

Bagi sesiapa yang berdekatan kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur, ada satu kedai makan dan tempat menarik untuk lepak yang perlu anda cuba. Kedainya agak kedalam juga, mungkin tidak ramai yang tahu. Apa nama kedai itu?

D28 CAFE

Kedai ini terletak di Jalan Hamzah, Kampung Baru, dan berada di Wisma Zabedah. Menurut abang yang meniaga ini, kedai ini baru berusia kurang lebih 3 bulan begitu. Abang ini sangat peramah.

Terdapat banyak menu yang dijual di kedai D28 Cafe ini.

Menu D28 Cafe

D28 Cafe menghidangkan menu dari Burger, Pasta, Chicken Chop, Salman, Set Nasi, dan Side Order. Buat masa ini saya hanya mencuba satu sahaja menunya (jika saya cuba menu lain, saya akan masukan dalam artikel ini lagi, jadi, sentiasa tunggu ya), Crispy Chicken Burger yang berharga RM 6.00.

Crispy Chicken Burger, saya sudah cuba. Bagi pandangan saya, saya suka rotinya yang lembut. Sos dan kejunya memang sedap. Dan ayamnya sangat sedap dan lembut. Memang sedap. Cumanya, bagi saya, sayurnya akan kurang sedikit. Mungkin sesiapa yang bukan peminat sayur akan ok sahaja. Cuma ini pendapat saya lah. Lain padang lain belalang, lain orang lainlah pandangan.

Kalau anda makan dikedai, anda boleh pesan menu combo, Crispy Chicken Burger+Kentang+Air, berharga RM 10.00.

Chicken Chop w Aglio Olio, Aglio Olio memang sedap, terasa pedas tekak kita, tidak terasa kosong. Mash Potato pun sedap. Cuma saladnya saya kurang gemar, tapi sedap, cuma tekak saya lebih suka kepada Coleslaw. Ayam Chicken Chop itu memang sedap, tambah pula dengan Sos Lada Hitam, memang ok la.

Dari segi tempatnya pula, bagi saya agak selesa, cantik. Cuma ruangannya agak kecil. Tetapi jika tidak ramai, senang eloklah buat tempat lepak malam-malam.

Bagi saya tempat sangat menarik untuk di cuba. Cumanya, masalah parkir disini. Disebabkan ini kawasan perumahan, agak sempit dan memang tidak boleh parkir di tepi bahu jalan. Kalau motor, tiada masalah.

Kedai ini memang terbaik untuk buat lepak malam-malam. Makan Burger, Lasagna atau Chicken Chop. Jadi, apa tunggu lagi, cubalah menu di kedai ini.

D28 CAFE
28, Jalan Hamzah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
013-8416256

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *