5 Filem Kanak-Kanak Di Netflix

Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com

5 Filem Animasi Tempatan Untuk Anak Anda Di Netflix!

Tak akanlah mak ayah sahaja nak layan Netflix bukan? Anak juga sekali sekali nak berhibur sambil belajar. Ini adalah senarai 5 filem kanak-kanak yang berada di Netflix untuk anak-anak anda menonton tanpa risau dan memerlukan alat kawalan jauh untuk anda skip atau forward.

1 – GENG: Pengembaraan Bermula

Tarikh Tayangan : 12 Februari 2009
Durasi : 93 Minit
Pengarah : Nizam Razak
Terbitan : Les Copaque Production
Perbelanjaan : RM4.7 Juta
Kutipan : RM6.7 Juta

2 – Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Tarikh Tayangan : 21 Mac 2019
Durasi : 99 Minit
Pengarah : Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid, Syed Ibrahim
Terbitan : Les Copaque Production
Perbelanjaan : RM20 Juta
Kutipan : RM26.20 Juta

3 BoBoiBoy The Movie

Tarikh Tayangan : 3 Mac 2016
Durasi : 102 Minit
Pengarah : Nizam Razak
Terbitan : Animonsta Studios
Perbelanjaan : RM5 Juta
Kutipan : RM20 Juta

4 – BoBoiBoy The Movie 2

Tarikh Tayangan : 8 Ogos 2019
Durasi : 116 Minit
Pengarah : Nizam Razak
Terbitan : Animonsta Studios
Perbelanjaan : RM7 Juta
Kutipan : RM30 Juta

5 – Ejen Ali The Movie

Tarikh Tayangan : 28 November 2019
Durasi : 97 Minit
Pengarah : Usamah Zaid Yasin
Terbitan : WAU Animation
Perbelanjaan : RM6.5 Juta
Kutipan : RM30.05 Juta

Inilah diantara senarai filem animasi Malaysia yang telah menempa nama di dunia. Dengan adanya filem-filem ini, Malaysia akan terus lebih maju dan terus bersaing di dalam sektor pembikinan perfileman dan animasi. Ini akan membuka mata dunia bahawa Malaysia juga mempunyai karya-karya filem yang hebat dan setanding dengan perfileman Hollywood, Jepun dan dunia.

Diantara filem pertama animasi yang bertajuk GENG: Pengembaraan Bermula, inilah titik permulaan bagi filem animasi di Malaysia hari ini. Yang telah membuka satu aras yang lebih tinggi di dalam sektor pembikinan filem. Pembelanjaan pembikinan filem GENG ini menelan sebanyak RM4.7 juta, memakan masa selama 2 tahun untuk disiapkan, dan mengutip sebanyak RM6.2 juta.

Dunia animasi semakin rancak dengan kehadiran BoBoiBoy dan Ejen Ali yang telah memeriahkan lagi dunia animasi tempatan dengan kutipan pecah panggung yang sangat membanggakan dan mendapat sambutan yang sangat hangat, baik di dalam negara mahupun diluar negara.

Tahniah buat kesemua pengkarya animasi, yang telah menjayakan, menceriakan dan memeriahkan lagi perfileman Malaysia. Generasi kita memerlukan filem animasi yang bersih dan dekat dengan jiwa dan budaya Malaysia. Teruskan perjuangan anda!

HAPUSKAN CETAK ROMPAK! SOKONG FILEM ANIMASI TEMPATAN!

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *