Assalammualaikum dan hai.. Selamat datang ke biskutkering.com
Pernah tidak anda terfikir setelah mati anda akan ke Syurga atau Neraka? Dan pernah tidak anda terfikir yang anda akan ke Neraka atas kesalahan dan dosa yang anda lakukan? Tidak kira sewaktu remaja, tua mahupun muda? Akhirnya, pernah anda terfikir betapa takutnya dan besarnya azab Neraka?
2 filem ini berkisahkan mengenai seorang pemuda yang sangat baik yang telah mati. Rohnya dibawa ke alam barzakh untuk menentukan sama ada dia layak masuk ke Syurga atau Neraka.

Tajuk : Along with the Gods : The Two Worlds
Minit : 140 Minit
Tarikh Tayangan : 20 Disember 2017
Pengarah : Kim Yong-hwa
Genre : Kehidupan
Terbitan :
Negara : Korea Selatan
Pelakon : Ha Jung-woo, Cha Tae-hyun, Ju Ji-hoon, Kim Hyang-gi
Kos : $18.3 Juta
Kutipan : $109.4 Juta

Tajuk : Along with the Gods : The Last 49 Days
Minit : 141 Minit
Tarikh Tayangan : 1 Ogos 2018
Pengarah : Kim Yong-hwa
Genre : Kehidupan
Terbitan :
Negara : Korea Selatan
Pelakon : Ha Jung-woo, Ju Ji-hoon, Kim Hyang-gi, Ma Dong-seok (Don Lee), Kim Dong-wook
Kos : $18.3 Juta
Kutipan : $92.5 Juta
Jika diikutkan kisah dirinya, dia seorang ahli bomba dan pemuda yang sangat baik dan pengawal atau penjaga rohnya berasa senang kerana membawa “roh mulia” dan telah melalui beberapa pintu neraka dan mereka semua terlepas.
Tetapi ada sebuah pintu neraka yang mereka tidak melepasinya kerana pemuda ini sewaktu kecil pernah berniat ingin membunuh adiknya dan emaknya. Kemudian perbicaraan hakim neraka bermula dengan pelbagai hujah yang mana penjaga neraka ingin menarik dia masuk dan azab dia.
Pernah tidak anda mendengar sebuah hadis taubat seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang? Ketika mana beliau meninggal dunia, Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab, kedua-dua ingin menariknya.
Malaikat Rahmat berkata : “Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat dan menghadapkan hatinya secara ikhlas kepada Allah“.
Manakala Malaikat Azab pula berkata : “Benar, namun dia tidak pernah melakukan kebaikan“
Bayangkan jika terjadinya pada kita situasi begini. Sangat menakutkan bilamana kita terfikir azabnya siksaan neraka, sedangkan api mancis pun kita tidak mampu tahan. Jika dalam filem begini pun kita sudah merasa takut sehingga kecut perut, apatahlagi azab dari Tuhan yang tiada batasnya. (Semoga kita semua diampuni).
Tetapi apa yang menariknya dalam filem ini, kita tahu yang mana orang Korea sangat lemah dalam beragama, dan jika mereka mempunyai agama sekalipun, mereka tidak percaya “Kehidupan setelah mati”, tetapi lebih kepada kepercayaan “Dihidupkan semula”. Jadi, dari mana datangnya buah fikiran mereka untuk membikin filem mengenai azab neraka? Mungkin mereka mengkaji agama.
Filem ini ada di Viu jika anda ingin menontonnya. Bagi beragama Islam yang nak menonton, jaga kepercayaan dan pegangan. Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, dan azab Allah tiada batas yang boleh kita fikirkan.
Sekian.